• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini

Oleh
Nazihah AN
16 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini

Sambut Hari Muzium Antarabangsa di Borneo Cultures Museum

Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini. Pada 18 Mei 2024 ini, seluruh warga dijemput untuk bersama-sama menyambut Hari Muzium Antarabangsa di Borneo Cultures Museum, Kuching, Sarawak. Kemasukan adalah PERCUMA untuk semua.

Pelbagai aktiviti menarik dan penuh bermakna telah disediakan oleh pihak muzium untuk menjayakan sambutan tahunan ini.

Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini
Kredit gambar: KuchingBorneo

Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini

Bermula seawal pukul 9.30 pagi, para pengunjung berpeluang menyertai Pottery Restoration dan Colouring Activity yang dianjurkan di sudut Arts & Crafts. Aktiviti hands-on ini membuka ruang untuk orang ramai menghayati seni kraf tradisional serta menghargai kepentingan pemuliharan artifak kepada dunia ilmu.

Selain itu, dua sesi ceramah akan diadakan sepanjang hari. Pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, En. Aldrin John Hew akan membentangkan mengenai “Sarawak Museum Collection: Papan Turai”. Seterusnya, pada sesi kedua dari 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, Cik Seelijren Anak Anthony akan membincangkan topik “Museum for Education and Research: 101 Archaeology”. Kedua-dua sesi ini terbuka kepada 30 peserta sahaja secara pendaftaran tertib.

Kemuncak sambutan kali ini ialah persembahan Spanish Classical Music Concert oleh Trio Prommachart yang terkenal. Persembahan istimewa ini akan diadakan di Auditorium Borneo Cultures Museum pada pukul 3.00 petang.

Trio ini menggabungkan bakat tiga artis terkemuka iaitu pemuzik violin dari Kanada, Ming Goh, chellist Sepanyol, Ivan Torres, dan pakar piano dari Thailand, Dr. Poom Prommachart. Tiket terhad kepada 230 tempat sahaja dan dijual secara kaunter pada hari tersebut.

Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Borneo Cultures Museum membuka ruang seluas-luasnya kepada orang ramai menghayati seni budaya serta menghargai kepentingan institusi muzium sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan.

Masyarakat seluruh negara dijemput untuk turut sama meraikan kemeriahan sambutan pada 18 Mei ini di Kuching, Sarawak. Kemasukan adalah PERCUMA untuk semua.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPJ Bintulu Lancarkan Operasi Buru Pengguna Lampu HID
Next Article Belasah Isteri Gara-Gara Lambat Masak, Suami Penggangur Dipenjara 5 Bulan Di Kuching Belasah Isteri Gara-Gara Lambat Masak, Suami Penggangur Dipenjara 5 Bulan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?