• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Belasah Isteri Gara-Gara Lambat Masak, Suami Penggangur Dipenjara 5 Bulan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
16 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Belasah Isteri Gara-Gara Lambat Masak, Suami Penggangur Dipenjara 5 Bulan Di Kuching

Mangsa dikatakan ditumbuk dan ditampar tertuduh

Belasah Isteri Gara-Gara Lambat Masak, Suami Penggangur Dipenjara 5 Bulan Di Kuching. Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan ke atas seorang lelaki penganggur kerana menumbuk dan menampar isterinya disebabkan beliau lambat memasak serta menghidangkan ikan masin yang mengandungi telur lalat.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman ke atas Mohd Jahiddin Hamdani selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 326A Kanun yang sama.

Belasah Isteri Gara-Gara Lambat Masak, Suami Penggangur Dipenjara 5 Bulan Di Kuching. Sumber:

Menurut laporan daripada media tempatan The Borneo Post, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Telaga Air antara jam 9 pagi hingga 7 petang pada 10 Mei.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Jahiddin menumbuk isterinya di pinggang, menyebabkan kesakitan dan lebam di kawasan tersebut.

Pergelutan itu berpunca daripada kegagalan isterinya memasak tepat pada waktunya dan kemudian menghidangkan ikan masin yang mempunyai telur lalat.

Difahamkan bahawa isterinya tidak sempat memasak kerana sibuk menguruskan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun.

Pada jam 7 malam itu, Mohd Jahiddin bersemuka bersama isterinya semasa dia sedang mengemas bilik tidur mereka dan berulang kali menampar muka isterinya.

Isterinya kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan Mohd Jahiddin pada 12 Mei 2024.

Hasil siasatan mendapati tindakan Mohd Jahiddin menyebabkan isterinya mengalami edema periorbital, lebam pada lengan kiri, dan kesakitan di pinggang.

Kes tersebut dikendalikan oleh Insp Ammarsofi Yusoff, manakala Mohd Jahiddin tidak diwakili oleh peguam.

Baca lagi artikel menarik:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini Kemasukan Percuma Ke Borneo Cultures Museum Pada 18 Mei Ini
Next Article Pantai Damai Antara Lokasi Potensi Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 2

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?