Keluarga berkeras tuntut punca kematian
Keluarga Tuntut Punca Kematian Mengejut Seorang Pelajar Di Sebuah Pusat Hiburan Kuching. Polis perlu melakukan siasatan menyeluruh terhadap kematian seorang wanita berusia 24 tahun di kawasan Petanak, Kuching pada 16 Oktober yang telah diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’, kata Chong Chieng Jen.
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Sarawak itu berkata keluarga wanita yang meninggal dunia itu telah meminta bantuannya ‘untuk merungkai punca sebenar’ mengenai kematiannya.

Laporan polis dikatakan bercanggah dengan laporan daripada media tempatan
Menerusi sebuah laporan berita, kes itu menyebut wanita itu meninggal di pusat hiburan, tetapi kenyataan polis yang dikeluarkan pada 18 Oktober menyatakan bahawa mayat mangsa ditemui di tepi jalan berhampiran pusat hiburan tersebut.
“Dalam kenyataan akhbar polis, ia juga menyatakan bahawa siasatan awal tidak menemui elemen jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai ‘Laporan Kematian Mengejut’.
“Menurut keluarga mendiang, ujian air kencing mendapati beliau positif tiga jenis dadah, termasuk methamphetamine dan MDMA.
Seorang gadis muda meninggal dunia secara tiba-tiba dan keluarganya ingin tahu sebabnya, lebih-lebih ujian air kencing mendapati beliau positif bahan terlarang”
katanyaChong, yang juga merupakan Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, berkata beliau akan membawa perkara itu ke Parlimen minggu ini, dan menyeru polis melakukan siasatan penuh terhadap kes tersebut.
“Penggunaan dadah telah menjadi sangat meluas akhir-akhir ini di Kuching dan juga Sarawak.
Pada 18 Oktober, Ketua Polis Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata mangsa, seorang pelajar tempatan di sebuah universiti swasta di sini, ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan oleh salah seorang pekerja pusat hiburan pada pukul 3.30 pagi pada 16 Oktober.
Ahsmon berkata mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran di mana dia disahkan meninggal dunia, dan siasatan awal tidak menemui sebarang perbuatan jenayah yang terlibat dalam kematian tersebut.
