• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar 24 Tahun Dijumpai Tidak Sedarkan Diri Di Kuching, Disahkan Meninggal Dunia

Oleh
Farisha
19 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar wanita ditemui tidak sedarkan diri berhampiran pusat hiburan dan telah disahkan meninggal dunia

Pelajar 24 Tahun Dijumpai Tidak Sedarkan Diri Di Kuching, Disahkan Meninggal Dunia. Baru-baru ini, seorang wanita yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching telah disahkan meninggal dunia, semalam.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah menyatakan bahawa mangsa yang berusia 24 tahun itu dihantar oleh pekerja pusat hiburan tersebut dan dirujuk ke pusat perubatan sekitar jam 3.29 pagi pada 16 Oktober lalu.

Pelajar 24 Tahun Dijumpai Tidak Sedarkan Diri Di Kuching, Disahkan Meninggal Dunia
Sumber: harianmetro

“Namun dia telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke pusat perubatan oleh doktor yang bertugas.

Wanita itu dipercayai pelajar pusat pengajian swasta di Kuching

“Mangsa merupakan penuntut di sebuah pusat pengajian swasta di ibu kota tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam, memetik sumber.

Pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah semasa siasatan awal, justeru kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Keterangan keluarga mangsa dan beberapa saksi lain telah selesai diambil. Pihak polis komited menjalankan siasatan menyeluruh sementara menunggu laporan bedah siasat yang telah dijalankan pada 17 Oktober 2023,” katanya.

Pihak berkuasa berharap tidak membuat spekulasi mengenai perkara tersebut

Berikutan itu, pihak berkuasa menggalakkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa. Malah, pihak polis turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sepanjang Hidup Suka Mencarut, Dah Nak Meninggal Dunia Pun Penuh Carutan Dan Tak Boleh Mengucap
Kecuaian Sebuah Hospital, Anak Meninggal Dunia Selepas Diberikan Antibiotik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Car Free Day Di Kuching Kini Kembali, Laluan Diperluas Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Sabtu Ini Car Free Day Di Kuching Kini Kembali, Laluan Diperluas Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Sabtu Ini
Next Article Jangan Ambil Mudah Tentang Ubat, Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Anak Jatuh Pengsan Mulut Berbuih Jangan Ambil Mudah Tentang Ubat, Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Anak Jatuh Pengsan Mulut Berbuih

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?