• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda

Oleh
Aina Musa
28 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda

Kemenangan penting buat Malaysia

Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda. Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague apabila menolak untuk mengiktiraf Final Award dikeluarkan melalui proses timbang tara tidak sah dan disalahgunakan pihak yang mendakwa sebagai waris kepada Kesultanan Sulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu sekali gus menghalang apa-apa usaha oleh ‘Pihak yang Menuntut’ untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Malaysia di Belanda.

Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda
Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda. Kredit: Kosmo

“Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague merupakan satu lagi kemenangan penting kepada kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.

“Kerajaan Malaysia yakin bahawa dengan keputusan ini, kita semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya Final Award yang tidak sah dan disalahgunakan oleh Pihak yang Menuntut dengan jumlah hampir USD15 bilion.

“Ia dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa dan sekali gus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebagai sebahagian daripada sejarah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda

Perdana Menteri berkata, Malaysia percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan The Hague hari ini bersama-sama keputusan Mahkamah Rayuan Paris akan menamatkan usaha sia-sia Pihak Yang Menuntut untuk menguatkuasakan Final Award di negara lain.

“Sehingga kini, kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha untuk melindungi kedaulatan, keselamatan negara dan kepentingan negara.

“Kes Sulu membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warganegara Malaysia Madani,” jelasnya.

Kemenangan Buat Malaysia, Waris Sulu Gagal Tuntut RM68.83 Bilion Di Mahkamah Belanda

Pada masa sama, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman selain Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

Ucapan terima kasih itu turut diucapkan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan semua terlibat dalam usaha berkenaan.

Baca lagi artikel menarik:

‘Beyonce Sarawak’, Penampilan Terbaru Dayang Nurfaizah Curi Tumpuan Netizen
Suka-Suka Beli, Lelaki Ini Dedah Menang Loteri RM28.9 Juta
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti Hukum Laksanakan Ibadah Korban Buat Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal, Ini Jawapan Mufti
Next Article Rupanya Bawah Pengaruh Dadah, Lelaki Cabul 3 'Sumandak' Di Tuaran Berjaya Ditahan Rupanya Bawah Pengaruh Dadah, Lelaki Cabul 3 ‘Sumandak’ Di Tuaran Berjaya Ditahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?