• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia

Oleh
Nazihah AN
20 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia

Dion Das Louis bakal berentap kejohanan dunia mulai bulan Jun ini

Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia. Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan membiayai perjalanan Dion Das Louis, atau lebih dikenali sebagai ‘Little Bornean Birdie’, ke Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia Seni Persembahan 2024 yang ke-27.

Dion berusia 8 tahun, yang kini menuntut di SK Green Road, akan diiringi ibubapanya, Louis Lansam dan Edina Lanying, untuk menyertai kejohanan tersebut yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 6 Julai di Long Beach, California.

Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia
Sumber: The Borneo Post

Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia

Timbalan Menteri, Datuk Snowdan Lawan berkata, kementerian menyediakan geran kira-kira RM58,000 yang akan menanggung perbelanjaan perjalanan keluarga itu ke Amerika Syarikat untuk kejohanan tersebut.

“Kami berbangga dapat menghantar Dion dan ibubapanya ke Amerika Syarikat untuk mempamerkan budaya kita dan kita berharap beliau dapat memenanginya. Ini adalah salah satu acara di mana kementerian memberi sokongan sepenuhnya dalam mempromosikan budaya kita,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dion layak ke kejohanan dunia itu selepas memenangi pingat emas pada akir tertinggi Kejohanan Kebangsaan Seni Persembahan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Januari tahun ini.

Louis berkata, persembahan ‘Iban Ngajat’ anaknya itu dipengaruhi oleh unsur burung ‘Ruai’ atau Merak Raya dan burung Kenyalang.

Ibubapa Dion berkata, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan turut memantau persediaan anak mereka, dan persembahan Ngajat anaknya untuk kejohanan antarabangsa itu akan berbeza daripada yang dipersembahkan di peringkat kebangsaan.

Edina berkata, kumpulan tempatan terkenal At Adau membantu mencipta muzik untuk persembahan akan datang Dion dan mereka masih mencari koreografer untuk mengendalikan gerak tari.

“Kami mendapatkan bantuan kumpulan At Adau yang terkenal di Sarawak untuk mengedit muzik persembahan Dion kerana beliau perlu mempersembahkan tarian selama seminit.

“Persediaan lain sedang berjalan dan kami mencari koreografer yang berpotensi untuk membantu persediaan Dion,” katanya.

Louis turut merakamkan penghargaan kepada kementerian kerana membiayai perjalanan Dion ke Amerika Syarikat dan berharap penyertaan anaknya itu dapat mempromosikan budaya Sarawak di pentas antarabangsa.

Kenali lebih dalam penari cilik ngajat ini:

Penari Cilik Dari Sarawak Ini Bakal Wakili Malaysia, Bawa Tarian Ngajat Ke Amerika Syarikat
Penari Cilik Ngajat, Kenali Dion Das Louis Duta Budaya Sarawak Ke Amerika Syarikat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Poster Bantuan Kewangan Khas RM700 Adalah Palsu – JPA
Next Article Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?