• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir

Oleh
Nazihah AN
20 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir

Mangsa Tunggal Selamat Tragedi Bot Terbalik Kapit Meninggal Dunia

Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir. Satu-satunya mangsa yang selamat dalam tragedi bot terbalik berdekatan SK Lepong Baleh, Sungai Baleh pada 7 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak kira-kira pukul 2 petang semalam.

Muhammad Firdaus Ngui Abdullah @ Moses Ngui, 46 tahun, adalah satu-satunya daripada lima lelaki dalam bot yang terbalik itu yang berjaya diselamatkan.

Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir
Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang nanti.

Dalam kejadian itu, Muhammad Firdaus, Amerson John Nain, dan Jack Balan adalah sebahagian daripada pasukan yang mengangkut bahan letupan ke tapak pembinaan di Nanga Tulie.

Mereka diiringi anggota polis, Koperal Iskandar Ibrahim dan Sarjan Jonathan Lambet.

Malangnya, bot itu terbalik selepas tersedut pusaran air di bahagian berdekatan SK Lepong Baleh, Sungai Baleh kira-kira pukul 5 petang.

Mangsa Terakhir Selamat Tragedi Bot Karam Di Kapit Telah Hembuskan Nafas Terakhir

Empat lelaki lain tersedut ke dalam air, manakala seorang bot nelayan yang lalu berjaya menyelamatkan Muhammad Firdaus.

Pada 9 Mac, mayat Jonathan ditemui berdekatan Kapit Express, manakala mayat jurumudi bot Jack ditemui di Sibu, dan Amerson di Meradong.

Pada 15 Mac pula, anggota polis menemui mayat Iskandar di bahagian Seputin, Sungai Rajang, kira-kira 2km dari lokasi kejadian.

Baca juga artikel di bawah:

Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin
Netizen Sebak Lihat Perkongsian Isteri Mangsa Tragedi Bot Karam Di Kapit
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia Kementerian Pelancongan Dana Perjalanan Penari Cilik Ngajat Ke Kejohanan Dunia
Next Article Resipi Tular Di TikTok, Popia ‘Big Mac’ Sempurnakan Moreh Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?