I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik

Oleh Kedung BK 10 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik

“Macam mana diorang ada akses kepada maklumat peribadi kita?” – netizen

Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik. Semakin hampir PRU15, banyak parti politik mula aktif berkempen sebagai cara untuk menggalakkan orang ramai turun mengundi parti politik pilihan mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat parti politik telah memutuskan untuk ‘secara peribadi’ menghubungi orang yang tidak dikenali melalui WhatsApp dan menghantar risalah ke rumah mereka (termasuk data peribadi mereka) untuk menggalakkan mereka mengundi parti politik tersebut – menyebabkan netizen berpendapat bahawa tindakan sedemikian adalah pencerobohan privasi data peribadi mereka.

Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik

“Mereka sampai dah tahu nama penuh dan nombor IC kami,” – netizen

Isu ini dikongsi oleh pengguna @injang_Nation di Twitter, di mana dia melampirkan beberapa tangkapan layar perbualan dengan seorang pengguna Twitter lain mengenai perkara itu.

Menurut pengguna Twitter yang memberitahunya tentang isu itu, sebuah parti politik telah mencetak kesemua 7 maklumat ahli keluarganya pada risalah (termasuk nombor kad pengenalan dan alamat rumah mereka) dan menyelitkannya di pagar rumah mereka.

Apa yang menjadikan isu itu lebih membimbangkan adalah beberapa risalah tersebut telah terbang ke rumah jiran mereka, memberikan kebimbangan terhadap privasi data peribadi mereka.

Mereka sampai dah tahu nama penuh kami dan nombor IC. Nak tahu, boleh ke parti politik sesuka hati cetak maklumat kita macam ini? Kita masuk peraduan apa-apa pun, kalau menang pun penganjur tidak akan tunjuk nombor penuh IC,”

katanya lagi.
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Sumber: Twitter @Injang_Nation

Bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku

Tinjauan pada ruangan komen mendapati bahawa beberapa individu telah mengalami pengalaman serupa. Kebanyakan netizen berkata bahawa mereka menerima mesej di WhatsApp peribadi mereka, dengan ramai yang difahamkan bimbang kerana data peribadi mereka telah ‘diceroboh’ untuk tujuan kempen politik.

Antaranya seperti:

Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Sumber: Twitter @Injang_Nation
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Sumber: Twitter @Injang_Nation
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Sumber: Twitter @Injang_Nation
Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Sumber: Twitter @Injang_Nation

Netizen soal mengapa parti-parti politik mempunyai akses kepada data peribadi mereka

Beberapa netizen telah menunjukkan bagaimana parti politik mempunyai akses kepada maklumat peribadi pengundi (seperti nama penuh dan nombor IC mereka).

Menurut pengguna Twitter ini, @HelmiHarieri, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memang menjual Buku Daftar Pemilih, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan pengundi. Difahamkan senarai tersebut telah disusun mengikut daerah pengundi.

Contoh Buku Daftar Pemilih. Sumber: Cenangau Daunkari

Tambahnya lagi, Buku Daftar Pemilih ini dijual SPR agar ejen mengundi calon-calon yang bertanding di setiap saluran mengundi boleh membuat semakan nama pengundi untuk mengelak berlakunya ‘pengundi hantu’ (pengundi yang tidak wujud).

Namun, ia tidak diketahui bagaimana parti politik dapat mempunyai akses kepada nombor telefon peribadi pengundi, melainkan jika seseorang yang mempunyai hubungan baik dengan komuniti daerah telah memberikan akses kepada nombor hubungan pengundi kepada mereka (*ini hanya andaian).

Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Sumber: Twitter @HelmiHarieri

Apakah pendapat anda tentang ini? Adakah anda rasa taktik ini melampaui batas atau adakah ini perkara yang normal semasa PRU? Komen pendapat anda di bawah dan kongsi pengalaman anda jika anda pernah melalui pengalaman yang serupa.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Cubaan Curi Laptop Gagal, Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu Penggunaan 'Kensington Lock' [VIDEO] Cubaan Curi Laptop Gagal, Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu Penggunaan ‘Kensington Lock’
Next Article Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?