• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam

Oleh
ILB - AI
10 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Mula surut dan membaik tetapi November ini, angka kes naik mendadak!

Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam. Covid-19 adalah satu jangkitan virus yang telah melumpuhkan negara bukan sahaja Malaysia malah seluruh dunia. Mulai surut dan rakyat mula dapat beraktiviti dengan bebas sejak pertengahan tahun ini.

Namun sejak awal November, negara sekali lagi digemparkan dengan catatan yang saban hari kita perhatikan sejak 2 tahun yang lalu. Catatan yang terkini sangat mencemaskan kerana angkanya dimaklumkan naik dengan mendadak.

Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam. Sumber gambar: BORNEO POST online

3,267 kes aktif telah dicatatkan, 10 kematian dalam tempoh 24 jam dan 2 kematian tersebut berlaku semasa menuju ke hospital

Terbaru, sebanyak 3,267 kes aktif telah dilaporkan semalam dan menjadikan jumlah akumulatif kes aktif jangkitan Covid-19 sehingga 9 November adalah sebanyak 34,829 kes. Daripada angka tersebut, 2 kes aktif adalah jangkitan yang diimport.

Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam. Sumber gambar: FB Darren Foo

Menurut laporan juga, 33,103 kes hanya memerlukan kuarantin dari tempat kediaman. Manakala, 1,635 kes pula memerlukan rawatan di hospital. Daripada 1,635 ini, 91 kes memerlukan rawatan intensif dan 63 kes pula memerlukan sokongan ventilator.

Yang lagi merisaukan apabila dalam angka tersebut, 10 kematian telah dicatat dalam tempoh 24 jam. Memilukan apabila 2 kematian tersebut telah berlaku semasa dalam perjalanan menuju ke hospital. Peningkatan kes aktif yang mendadak ini dipercayai adalah jangkitan Covid-19 daripada subvarian Omicron XBB.

Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
Sumber gambar: FB Klinik Syifa’ 24 Jam Subang Bestari

Seperti kita tahu, hakikatnya virus Covid-19 ini akan sentiasa ada di komuniti kita. Jadi, kita sebagai individu yang bertanggungjawab harus berinisiatif untuk menjaga diri kita sendiri supaya mengurangkan risiko kita terhadap jangkitan virus ini.

Boleh baca artikel yang menarik tentang kesihatan dibawah:

Penting Jaga Kebersihan Mulut, Tompok Putih Pada Lidah Petanda Kesihatan Tak Terjaga
Terbukti Oleh Kajian, Ketahui Kesan Kesihatan Akibat Kesesakan Lalulintas Terhadap Pemandu
SUMBER :BORNEO POST onlineFB Darren FooFB Klinik Syifa’ 24 Jam Subang Bestari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik Kempen Via WhatsApp, Netizen Risau Data Peribadi Mereka Diceroboh Parti Politik
Next Article Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?