• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kemunculan Epik, Pandelela Rinong Lakar Sejarah Raih Emas Pertama Buat Malaysia

Oleh
Ismail NA
5 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kemenangan ibarat suatu keajaiban buatnya.

Kemunculan Epik, Pandelela Rinong Lakar Sejarah Raih Emas Pertama Buat Malaysia. Setelah arena sukan tanah air lama menyepi akibat terjejas pandemik, Malaysia dikejutkan dengan kelibat emas yang dihadiahkan oleh penerjun negara, Pandelela Rinong di Tokyo, Jepun.

Isi Isi Penting
  • Kemenangan ibarat suatu keajaiban buatnya.
  • Mendahului pusingan sejak terjunan kedua
  • Pingat ketiga buat Pandelela
  • Baca juga atlet Sarawak yang mengharumkan nama Malaysia ini :

Beliau yang kini menyertai Diving World Cup telah mengungguli acara kegemarannya iaitu terjun 10 meter platform pada petang 5 Mei 2021. Pandelela tampil cemerlang dalam acara tersebut dengan mengutip mata keseluruhan 355.70 setelah menamatkan 5 terjunan lengkap.

Jumlah keseluruhan tersebut telah meletakkannya sebagai pemenang pingat emas untuk acara tersebut sekaligus melakar sejarah sebagai penerjun pertama negara yang memenangi pingat emas dalam kejohanan dunia tersebut. Dengan ketiadaan penerjun dari China, Australia dan Korea Utara, peluang cerah ini digunakan sebaiknya oleh Pandelela bagi meraih pingat berharga ini.

🇲🇾 Pandelela Pamg of Malaysia is crowned World Cup Champion 💪🥇in the Women’s 10m platform final, followed by 🇯🇵 Matsuri Arai 🥈 and 🇨🇦 Caeli Mckay 🥉.

Enjoy the World Cup Champion’s winning dives from the final program.

FULL RESULTS: https://t.co/zVR5HNtwGs#DWC2021 pic.twitter.com/8Sgv3IDJOr

— FINA (@fina1908) May 5, 2021

Mendahului pusingan sejak terjunan kedua

Setelah melakukan terjunan kedua, Pandelela tidak lagi memandang ke belakang apabila beliau berjaya mendahului peserta lain dengan 16 mata di hadapan dan meneruskan momentum cemerlangnya sehingga ke terjunan terakhir.

Pandelela bersaing rapat dengan penerjun tuan rumah, Matsuri Arai yang hanya sekadar mengutip 342.00 mata di belakang Pandelela dan meletakkannya di kedudukan pingat perak. Manakala penerjun dari Kanada, Caeli McKay berada di kedudukan pingat gangsa.

Kemunculan Epik, Pandelela Rinong Lakar Sejarah Raih Emas Pertama Buat Malaysia
Kemunculan Epik, Pandelela Rinong Lakar Sejarah Raih Emas Pertama Buat Malaysia
Kemunculan Epik, Pandelela Rinong Lakar Sejarah Raih Emas Pertama Buat Malaysia
Pandelela (tengah) bersama pemenang pingat perak, Matsuri Arai (kiri bawah) dan penerjun Kanada pingat gangsa, Caeli McKay (kanan bawah). Sumber : EPA

Pingat ketiga buat Pandelela

Penyertaan Pandelela ini merupakan kempen Olimpik keempatnya dalam persediaan mengharungi Sukan Olimpik Tokyo Jepun pada Julai hadapan. Pingat emas ini merupakan pingat peribadinya yang kedua dan merupakan pingat yang ketiga dimenanginya secara keseluruhan.

Penerjun Sarawak berusia 28 tahun ini pernah memenangi pingat gangsa dalam acara yang sama pada edisi 2018 di Wuhan, China. Pingat pertama yang dimenangi oleh Pandelela adalah pingat perak menerusi Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2018, bergandingan bersama Cheong Jun Hoong.

Rakan senegara, Cheong Jun Hoong walau bagaimanapun gagal menempatkan diri ke pusingan akhir kejohanan ini setelah sekadar menamatkan pusingan kelayakan di tempat terakhir daripada 18 penerjun.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Pandelela Rinong atas kejayaan ini. Semoga berjaya merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.

Baca juga atlet Sarawak yang mengharumkan nama Malaysia ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Singkatkan Tempoh Ziarah Hari Raya Aidilfitri Daripada 7 Hari Kepada 3 Hari Sahaja
Next Article Rocket Dilancarkan China Gagal Dikawal, 21 Tan Serpihan Mungkin Akan Terhempas Ke Bumi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?