• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Singkatkan Tempoh Ziarah Hari Raya Aidilfitri Daripada 7 Hari Kepada 3 Hari Sahaja

Oleh
Ismail NA
5 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Sarawak Singkatkan Tempoh Ziarah Hari Raya Aidilfitri Daripada 7 Hari Kepada 3 Hari Sahaja. Semalam, Majlis Islam Sarawak mengeluarkan garis panduan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan aktiviti ziarah kubur di seluruh Sarawak untuk tahun ini. Seperti mana yang telah diketahui oleh orang ramai, ziarah Hari Raya tahun ini ditetapkan selama tempoh 7 hari. Namun demikian, garis panduan tersebut dipinda semula hari ini.

Melalui garis panduan terbaharu tersebut, antara aktiviti yang dibenarkan adalah takbir hari raya, solat sunat Aidilfitri, dan ziarah hari raya. Takbir dan solat sunat dibenarkan dilakukan di masjid, surau, musolla dan premis yang telah mendapat kebenaran Majlis Islam Sarawak sahaja.

Kapasiti jemaah yang dibenarkan pula adalah mengikut kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal 1 meter. Selain itu, jemaah yang hadir juga perlu diperiksa suhu dan merekodkan kehadiran melalui imbasan kod QR MySejahtera serta menggunakan pelitup separuh muka. Jemaah juga dikehendaki untuk membawa alas sujud atau sejadah sendiri, tidak bersesak-sesak dan tidak bersalam-salaman.

Ziarah Hari Raya disingkatkan daripada 7 hari kepada 3 hari sahaja

Bagi aktiviti ziarah hari raya, tempoh yang dibenarkan telah dipinda daripada 1 hingga 7 Syawal (7 hari) kepada 1 hingga 3 Syawal (3 hari) sahaja. Ini adalah berdasarkan pindaan yang dikeluarkan pada hari ini iaitu 5 Mei 2021.

Pengunjung ziarah pula hendaklah mengikut 50% kapasiti ruang rumah dengan mematuhi penjarakan fizikal. Selain itu, hanya keluarga terdekat sahaj dibenarkan untuk aktiviti ziarah hari raya ini.

Sarawak Singkatkan Tempoh Ziarah Hari Raya Aidilfitri Daripada 7 Hari Kepada 3 Hari Sahaja
Sarawak Singkatkan Tempoh Ziarah Hari Raya Aidilfitri Daripada 7 Hari Kepada 3 Hari Sahaja
Sarawak Singkatkan Tempoh Ziarah Hari Raya Aidilfitri Daripada 7 Hari Kepada 3 Hari Sahaja

Dalam suasana pandemik yang masih belum reda ini, nampaknya tahun kita terpaksa beraya dengan keadaan serba sederhana. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya tetapi dalam masa yang sama, marilah kita sama-sama terus berjuang untuk memerangi pandemik ini dengan mematuhi SOP, penjarakan sosial dan menggunakan pelitup separuh muka. Elakkan berada di tempat sesak.

Baca juga artikel tentang kesederhanaan dalam beraya yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Membantu Jual Tiket Loteri Haram, Lelaki Dari Miri Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Bulan Gara-Gara Membantu Jual Tiket Loteri Haram, Lelaki Dari Miri Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Bulan
Next Article Kemunculan Epik, Pandelela Rinong Lakar Sejarah Raih Emas Pertama Buat Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?