• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenakan Bayaran Masuk Kepada Pengunjung Semenanjung, Netizen Cari ‘Kaki Kantaw’ Di Uptown Metrocity

Oleh
Aina Musa
14 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kenakan Bayaran Masuk Kepada Pengunjung Semenanjung, Netizen Cari 'Kaki Kantaw' Di Uptown Metrocity

Kenakan bayaran kepada pengunjung

Kenakan Bayaran Masuk Kepada Pengunjung Semenanjung, Netizen Cari ‘Kaki Kantaw’ Di Uptown Metrocity. Pasar malam Metrocity Kuching merupakan salah satu destinasi yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong di Kuching, Sarawak.Pasar malam ini diadakan pada setiap hari selasa hingga ahad dari jam 4 petang hingga 10 malam.

Pasar malam Metrocity Kuching menawarkan pelbagai jenis produk dan makanan yang pelbagai, termasuk pakaian, aksesori dan makanan tempatan. Bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, Pasar Malam Metrocity ini juga merupakan destinasi yang wajib dikunjungi oleh pengunjung luar.

Kenakan Bayaran Masuk Kepada Pengunjung Semenanjung, Netizen Cari 'Kaki Kantaw' Di Uptown Metrocity
Kenakan Bayaran Masuk Kepada Pengunjung Semenanjung, Netizen Cari ‘Kaki Kantaw’ Di Uptown Metrocity. Kredit: Khairuzie Bolhassan

Mangsa adalah pengunjung luar

Namun, baru-baru ini tular di media sosial Facebook seorang individu membuat perkongsian mengenai berlaku ‘scam’ di Uptown Metrocity dimana pengunjung dikenakan bayaran masuk ke pasar malam tersebut.

Difahamkan, ada individu yang menyamar sebagai salah seorang pihak pengurusan di Uptown Metrocity dengan mengutip bayaran masuk daripada pengunjung. Berdasarkan perkongsian itu, suspek akan mencari mangsa daripada Semenanjung Malaysia.

Namun, sebenarnya pelanggan tidak perlu membayar bayaran masuk tersebut. Oleh itu, tindakan tersebut menjadikan warga Kuching berang dengan tindakan individu tersebut yang memalukan Sarawak.

Kenakan cas RM 3 seorang

Suspek meminta pelanggan untuk membayar bayaran masuk sebanyak RM 3 seorang untuk dapat masuk ke dalam pasar malam Metrocity Kuching.

Perlu diketahui bahawa pasar malam Metrocity Kuching adalah sebuah tempat awam dan tidak sepatutnya ada bayaran masuk untuk masuk ke dalamnya. Selain itu, tiada peraturan atau undang-undang yang menyatakan pengunjung dari Semenanjung harus membayar bayaran masuk.

Oleh itu, tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut adalah suatu penipuan dan tidak dibenarkan.

Bagi pengunjung yang merasa tertipu oleh individu tersebut, disarankan agar membuat aduan kepada pihak berkuasa setempat atau pihak polis. Langkah ini dapat membantu mengurangkan kes kemungkinan terjadinya tindakan penipuan yang sama pada masa akan datang.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Daging Juicy Dan Padat, Nikmati Kelazatan Burger Padu Di Mr P Smashed Burger Kuching
Hari Untuk Menyatakan Cinta Dan Kasih Sayang, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Sambutan Valentine’s Day
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hari Untuk Menyatakan Cinta Dan Kasih Sayang, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Sambutan Valentine's Day Hari Untuk Menyatakan Cinta Dan Kasih Sayang, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Sambutan Valentine’s Day
Next Article Disuruh Duduk Bersama Satu Meja, Pengantin Wanita Ini Jemput Semua Bekas BF Ke Majlis Perkahwinannya Disuruh Duduk Bersama Satu Meja, Pengantin Wanita Ini Jemput Semua Bekas BF Ke Majlis Perkahwinannya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?