Mereka dilihat tidak bercakap antara satu sama lain
Disuruh Duduk Bersama Satu Meja, Pengantin Wanita Ini Jemput Semua Bekas BF Ke Majlis Perkahwinannya. Selepas pasangan putus cinta, agak jarang pasangan itu masih kekal sebagai kawan selepas itu. Walau bagaimanapun, meskipun mereka berjaya untuk kekal sebagai kawan, ramai akan bersetuju bahawa ia agak pantang untuk menghadiri majlis sosial yang melibatkan bekas pasangan anda – apa lagi perkahwinan mereka.
Ini nampaknya berlaku kepada seorang wanita di China yang bukan sahaja menjemput bekas teman lelakinya ke majlis perkahwinannya, malah dia meletakkan mereka duduk bersama di satu meja!

Duduk di meja ‘meja bekas teman lelaki’
Menurut laporan, wanita itu dikatakan menjemput semua bekas lelakinya dan membuat mereka duduk bersama di satu meja semasa majlis perkahwinannya, yang dilaporkan diadakan pada 8 Januari lalu.
Situasi itu dirakam dalam satu video yang kemudian tersebar di media sosial. Sekeping kertas dilihat di atas meja, dengan tulisan ‘meja bekas teman lelaki’ ditulis pada kertas tersebut.

Dalam video berkenaan, sekurang-kurangnya lima lelaki dan dua wanita dilihat duduk di meja berkenaan. Yang lebih menghiburkan, tiada seorang pun daripada mereka kelihatan bercakap antara satu sama lain.
Seorang daripada mereka dilihat merakam majlis di telefon pintarnya, manakala dua lelaki dilihat melihat sekeliling bilik. Dua lagi dirakam bercakap dengan orang lain sambil memegang botol wain.


Terima reaksi campur dari netizen
Pada asalnya, video itu tersebar di platform Cina Weibo, di mana ramai netizen menyatakan pelbagai reaksi terhadap jemputan dan aturan duduk bekas teman lelaki itu.
Menurut beberapa pengguna, mereka memberi komen bahawa pengantin perempuan itu seolah-olah mempunyai ‘type‘ kerana kebanyakan bekas teman lelaki kelihatan serupa. *Terjemahan disediakan di bawah.

Terjemahan:
Jika dilihat dari rupa [bekas teman lelaki], pengantin perempuan mestilah seorang yang setia,”
pengguna @A-Z0-1
Bekas teman lelaki pengantin perempuan semuanya kelihatan sama,”
pengguna @0-huahuahuahua
Bekas teman lelaki pengantin perempuan semuanya agak montel. Dia pastinya mempunyai standard tetap untuk pasangannya,”
pengguna @Wuliuxiansheng666xyz
Sementara itu, ada yang percaya bahawa ini hanyalah ‘gurauan’ dan situasi itu dipalsukan kerana mereka percaya pengantin lelaki akan berasa tidak selesa dengan kehadiran bekas teman lelaki pengantinnya.
Antaranya seperti (dengan terjemahan):

Ini pasti pengantin perempuan hanya menulisnya pada kertas tu, letak di atas meja, dan merakamnya untuk menyebarkan khabar angin,”
pengguna @@Xiaxiansenyoudianfang
[Meja bekas teman lelaki] ini tak boleh benar. Jika ia benar, pengantin lelaki akan membuat sesuatu yang kurang menyenangkan,”
pengguna @qiangbandianyingjulebu
Meja bekas teman lelaki ini kelihatan seperti gurauan. Siapa yang akan menulis kertas tu dengan tangan pada saat akhir untuk perkahwinan mereka?”
pengguna @Buhekeledemaomao
Adakah anda rasa ini hanya satu ‘prank’ sahaja atau betul-betul situasi yang terjadi? Apakah pendapat anda tentang situasi ini? Komen pendapat anda di ruangan komen di bawah.