• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood “Rajah”

Oleh
Ismail NA
25 September 2019
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood "Rajah"

Steady orang Sarawak dapat berlakon ngan bintang Hollywood!

Filem Hollywood Rajah sudah pun memulakan sesi penggambarannya pada 24 September 2019. Lebih menarik, 100% sesi penggambarannya akan dilakukan di Sarawak! Tapi tahukah anda bahawa watak penting dalam filem ini dipegang oleh anak jati Sarawak? Ajuh, kita kenali mereka dengan lebih dekat.

Kahar Jini sebagai Datuk Patinggi Ali

Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood "Rajah"

Pelakon TV dan teater tempatan, Kahar Jini telah diberi kepercayaan oleh CEO Margate House Films, Rob Allyn serta pengarah filem berkenaan, Michael Haussman untuk melakonkan watak sebagai Datuk Patinggi Ali. Mengikut sejarah Sarawak, Datuk Patinggi Ali menentang kerajaan Brunei ketika pemerintahan Pengiran Mahkota dan Raja Muda Hashim. Namun, dia telah dilantik sebagai Ketua Masyarakat Melayu ketika pemerintahan Rajah Brooke.

Kahar atau mesra disapa dengan panggilan Bang Kahar ini pun bukan calang-calang orangnya. Beliau sudah berada dalam dunia lakonan teater dan drama selama hampir 30 tahun. Antara hasil penerbitan yang pernah dibintangi oleh beliau ialah telemovie Qarraba, drama muzikal Al Kisah Balit Raya Sarawak, serta yang terbaru ialah telemovie Hari Malaysia terbitan RTM Sarawak, Raja Sungei.

Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood "Rajah"
Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood "Rajah"

Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sekadar mencuba nasib semasa sesi casting yang diadakan pada Ogos yang lalu, beliau bersyukur kerana telah dipilih untuk casting seterusnya bersama pengarah, Michael Haussman dan diberi tawaran untuk menjayakan watak Datuk Patinggi Ali.

“Terasa kerdil diri ini,” ujarnya ketika memulakan sesi penggambaran semalam. Menurut beliau juga, ini adalah kesempatan sekali seumur hidup untuk menambah ilmu baru dalam bidang lakonan. Sambil-sambil tu, dapatlah juga bekerjasama dengan pelakon hebat Malaysia dan Hollywood. Nang lihai kitak bang!

Peter John Jaban sebagai Orang Kaya Pemancha

Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood "Rajah"

Anak watan Sarawak berbangsa Iban, Peter John Jaban turut dipilih untuk memegang watak penting dalam filem ini iaitu sebagai Orang Kaya Pemancha. Orang Kaya Pemancha merupakan Ketua Kaum Masyarakat Iban yang sangat rapat dengan Rajah Brooke.

Semasa sesi casting, Haussman, yang pernah menjadi pengarah muzik video Madonna dan Justin Timberlake itu dikatakan sangat menyukai lakonan bersahaja dan asli daripada Peter. Selain itu, pemilihan Peter sebagai Orang Kaya juga sangat menepati ciri-ciri seorang pemimpin Iban yang mempunyai aura tegas dan serius.

Kenali Anak Sarawak yang Membintangi Filem Hollywood "Rajah"
Peter John Jaban semasa beliau menjadi penyampai di Cats FM dan Radio Free Sarawak. Sumber : Sarawak Report.

Peter John Jaban sememangnya mempunyai latar belakang dalam bidang penyiaran radio. Beliau pernah menjadi penyampai di Cats FM dan Radio Free Sarawak. Dalam kalangan pendengar Radio Free Sarawak, Peter lebih dikenali sebagai Anak Apai dan Papa Orang Utan kerana memperjuangkan nasib haiwan orang utan. Selain itu, beliau juga merupakan aktivis hak asasi manusia.

Filem Hollywood Rajah dijangka debut semasa Festival Filem Cannes pada pertengahan tahun 2020 dan akan ditayangkan seluruh dunia sejurus selepas itu. Ia turut menampilkan bintang filem Mission Impossible 3, Jonathan Ryhs Meyers, Dominic Monaghan, Josie Ho serta pelakon terkenal tanah air, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Dato’ Rahim Razali.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video Travel Ciptaan Anak Sarawak Terima Anugerah Antarabangsa di Kazakhstan
Next Article Sun Bear Dikurung Selama 7 Tahun Berjaya Diselamatkan Sun Bear Dikurung Selama 7 Tahun Berjaya Diselamatkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?