• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika

Oleh
Ismail NA
23 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Ibunya Berasal Dari Kuching, Sarawak.

Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika. Beberapa hari kebelakangan ini, timbul desas desus yang mengatakan bahawa beberapa pemain muda negara kini sedang diburu oleh kelab bola sepak antarabangsa setelah menyedari bakat yang mereka miliki.

Isi Isi Penting
  • Ibunya Berasal Dari Kuching, Sarawak.
  • Datuk Kepada Isaac Merupakan Orang Iban Pertama Dapat Pangkat Kolonel Dalam Angkatan Tentera Malaysia
  • Mula Karier Bolasepak Sejak Berusia 14 Tahun
  • Baca juga kisah legenda bola sepak Sarawak ini :
  • Kelab bolasepak Sarawak, Kuching FA mendapat pengiktirafan apabila dijemput menjadi pasukan rasmikan Stadium JDT :

Tambahan pula, ada yang masih berusia belasan tahun. Maka, tidak hairan lah pemain ini dilamar seawal yang mungkin bagi membiasakan diri dengan corak permainan serta skil bertaraf profesional.

Tahukah anda bahawa terdapat seorang pemain berdarah kacukan Sarawak-Amerika yang sedang meningkat naik di negara Uncle Sam?

Isaac Angking, merupakan seorang pemain muda yang kini sedang beraksi dengan sebuah kelab bolasepak di Amerika, New England Revolution. Beliau kini berusia 20 tahun dan kini giat beraksi untuk saingan Major League Soccer (MLS). Beliau memegang posisi sebagai pemain pertahanan tengah (defensive midfielder).

Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika
Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika

Dilahirkan pada 24 Januari 2000 di Providence, Rhode Island, ibunya, Daliah Angking merupakan anak jati Sarawak yang berasal dari Kuching dan masih mempunyai ahli keluarga yang menetap di Sarawak.

Datuk Kepada Isaac Merupakan Orang Iban Pertama Dapat Pangkat Kolonel Dalam Angkatan Tentera Malaysia

Lebih mengejutkan, datuk kepada Isaac ialah Kolonel (R) Dunstan Nyaring Angking yang merupakan anggota tentera berbangsa Iban yang pertama memegang jawatan tersebut dalam Angkatan Tentera Malaysia. Datuknya yang berasal dari Betong merupakan salah seorang ahli Rejimen Renjer Diraja (Renjer 1) yang berkhidmat dalam Konfrontasi Indonesia.

Mula Karier Bolasepak Sejak Berusia 14 Tahun

Isaac telah memulakan kerjayanya dalam bidang sukan bolasepak sejak usianya 14 tahun bersama kelab yang diwakilinya sekarang. Malah, beliau juga pernah mewakili pasukan kebangsaan bawah 17 dan 20 tahun Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, beliau telah disenaraikan sebagai 11 tonggak utama pasukan New England Revolution pada usianya baru mencecah 18 tahun.

Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika

Berdasarkan status keturunan Isaac, beliau layak mewakili Malaysia kerana mempunyai pertalian darah warga Malaysia di sebelah ibunya. Malah, Isaac berbangga mempunyai darah Malaysia dan berbesar hati sekiranya dapat mewakili negara kelahiran ibunya.

Menurut laporan Arena Metro, ejen kepada Isaac iaitu Nicco Roffo memberitahu bahawa pemain muda tersebut bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan Malaysia sekiranya dipanggil untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak pernah menghubungi Roffo bagi membincangkan tawaran berkenaan kepada Isaac.

Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan sedang fokus membina karier nya terlebih dahulu bersama kelab New England Revolution.

Semoga beliau dapat menyarung jersi kebangsaan di masa akan datang serta membantu meningkatkan lagi kualiti permainan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Agi idup agi ngelaban!

Baca juga kisah legenda bola sepak Sarawak ini :

Kelab bolasepak Sarawak, Kuching FA mendapat pengiktirafan apabila dijemput menjadi pasukan rasmikan Stadium JDT :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sertai 2 Program E-Learning Percuma Ini Untuk Tingkatkan Kemahiran Anda
Next Article Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?