• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja

Oleh
Ismail NA
23 Jun 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Melibatkan Murid Tingkatan 5 Dan 6 Sahaja.

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja. Setelah beberapa bulan tidak dibuka, sekolah di Malaysia kini bersedia membuka kembali pintunya untuk sesi pembelajaran dan pengajaran pada 24 Jun 2020 (Rabu). Namun, sesi persekolahan hanya akan dibuka untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan sahaja seperti pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

Oleh itu, bagi menyelaraskan semula rancangan pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pindaan takwim penggal persekolahan untuk sesi 2020.

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja
Kredit : Graduan

Pindaan ini melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 serta Cuti Akhir Tahun untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Pindaan Cuti Pertengahan Penggal 2 Dan Cuti Tahun Akhir 2020

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasmi KPM, pindaan jumlah cuti adalah seperti berikut :

1. Cuti Pertengahan Penggal 2 – Cuti dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari

*Terpakai untuk semua sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

2. Cuti Akhir Tahun

  • Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) – Cuti dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari
  • Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) – Cuti dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

Oleh yang demikian, jumlah hari persekolahan secara bersemuka bagi tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari untuk semua sekolah.

Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja
Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja
Sumber : FB Kementerian Pendidikan Malaysia
Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2020 Dipendekkan Daripada 41 Hari Kepada 13 Hari Sahaja
Sumber : FB Kementerian Pendidikan Malaysia

Bagi murid lain, bilangan hari pembelajaran di rumah bergantung apabila mereka sudah kembali ke sekolah nanti.

Kredit : NST

Untuk murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6, tidak mengapa jika anda harus mengorbankan cuti anda. Yang penting, fokus dengan apa yang diajarkan oleh guru anda kerana mereka juga telah berkorban masa dan tenaga untuk menyediakan yang terbaik buat anda.

Selamat maju jaya!

Lihat juga usaha gigih cikgu ini demi mengedar kerja rumah kepada pelajar semasa PKP :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Isaac Angking, Pemain Bolasepak Kacukan Sarawak Yang Sedang Meningkat Naik Di Amerika
Next Article Gunung Matang, Lokasi Terbaru Untuk Hiking Santai Sambil Lihat Kuil Ala Batu Caves

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?