• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah

Oleh
Ismail NA
7 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Hasil siasatan polis mendapati suspek tidak mengambil dadah.

Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah. Individu merosakkan patung dan salib di Gereja St. Francis Xavier di Keningau, Sabah telah berjaya diberkas polis pada hari ini. Suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang berusia 34 tahun.

Menurut Ketua Polis Keningau, Deputi Superitendan Nor Rafidah Kasim memberitahu pemberita bahawa suspek dipercayai menghidapi masalah mental.

Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah
Kerosakan yang berlaku di Gereja St. Francis Xavier Keningau. Sumber: FB Diocese of Keningau

Siasatan juga mendapati bahawa suspek tidak mengambil bahan terlarang memandangkan keputusan ujian saringan air kencingnya negatif.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana bertindak mencederakan atau merosakkan rumah ibadat dengan niat untuk menghina sebarang agama.

Terkejut lihat ‘tangan’ Jesus patah

Isu ini mula tular sejak tengah hari tadi apabila kakitangan Gereja St. Francis Xavier Keningau terkejut apabila melihat dua patung suci dan salib patah di kawasan altar gereja terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7.30 pagi namun kerosakan tersebut baru disedari oleh kakitangan gereja sekitar jam 8.30 pagi sewaktu mereka masuk bekerja.

Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah
Individu Rosakkan Patung Dan Salib Gereja Keningau Berjaya Ditahan, Negatif Saringan Dadah. Sumber: FB Diocese of Keningau

Tambah Nor Rafidah lagi, hasil siasatan juga mendedahkan bahawa gereja tersebut sememangnya berada dalam kawasan berpagar, namun pintu pagar tidak dikunci. Kamera litar tertutup (CCTV) gereja juga tidak berfungsi.

Pihak polis terus mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Isu kerosakan patung dan salib di Keningau ini tular, namun reaksi netizen Kristian ini pula membuatkan ramai tersentuh. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nelayan Dari Limbang Peroleh Dua Pari Gergasi Berat Lebih 100 Kilogram
Next Article Kenali Jagung, Artis Mural Sarawak Yang Terkenal Dengan ‘Trademark’ Belon Huruf 3D

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?