• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis

Oleh
Ismail NA
31 Oktober 2019
Kongsi
5 Min Bacaan

Abg Jo Pun Dah Start Go Green Nektok

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis. Jarang sekali kita mendengar kenderaan rasmi kerajaan menggunakan kuasa hidrogen. Mana tidaknya, sebut sahaja kenderaan yang menggunakan sumber kuasa selain daripada petrol dan diesel, pasti ramai yang membayangkan harganya yang melambung-lambung dan sumbernya yang sangat susah didapati. Ehh, siapa cakap?

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis
Kereta hidrogen Abang Jo. Kredit : Sulok Tawie – MalayMail

Terkini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, atau mesra digelar Abang Jo, dilihat telah menggunakan sebuah kereta berkuasa hidrogen sebagai kenderaan rasmi sejak sebulan yang lalu. Wow!

Artikel berkaitan : Selepas Bas Elektrik, Sarawak Jadi Yang Pertama Mencuba Bas Hidrogen Pula

Hyundai Nexo Ini Boleh Dipandu Sehingga 670 KM Dengan Bateri dan Tangki Penuh

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis
Kereta hidrogen flagship Hyundai, Nexo. Kredit : Hyundai

Kenderaan hidrogen Hyundai Nexo keluaran syarikat automotif Korea Selatan tersebut dilancarkan pada pada awal tahun 2018. Tidak seperti kenderaan lain, kereta ini tidak mempunyai klac dan gear. Menurut Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure (WLTP), kenderaan crossover SUV Hyundai ini dilaporkan mempunyai kuasa enjen sebesar 121.6 KW dan mampu mencapai sehingga 670 km pemanduan dengan bateri yang dicas penuh serta tiga tangki berkapasiti 156 liter diisi penuh.

Do you know that for the past one month CM of Sarawak has been using the hydrogen fuel cell powered Hyundai Nexo as his official car. pic.twitter.com/xNmdLbJd7R

— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) October 27, 2019
Kredit : Twitter Datuk Jahat Hensem

Sumber daripada laman web Hyundai pula menyatakan bahawa kenderaan rasmi CM Sarawak ini mempunyai 395 Nm daya kilasan maksimum (torque) dengan kelajuan maksimum 179 km/jam. Perggh, boleh tahan kereta tok.

Lepaskan Wap Air Berbanding Gas Karbon Monoksida

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis

Bagi membolehkan kereta ini berfungsi, cas elektrik daripada bateri kereta akan digunakan untuk menghidupkan enjen motor manakala oksigen daripada persekitaran akan bergabung dengan sumber hidrogen yang ada di dalam tangki. Hasilnya, wap air akan dilepaskan melalui paip ekzos berbanding gas karbon monoksida dalam kenderaan biasa.

Sistem Penapis Udara yang Excellent, Guna Bio Fiber Tebu untuk Kemasan Dalaman

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis
Bahagian depan Hyundai Nexo

Ciri istimewa lain yang turut disertakan dalam model kenderaan hidrogen ini ialah sistem penapis udaranya yang dikatakan mampu menapis sehingga 99.9% partikel debu halus sekecil 3% diameter bulu roma manusia. Betul-betul halus dah tu.

Hyundai Nexo ini juga telah dianugerahkan UL Bio Environmental Seal kerana menggunakan sumber bio-fibres daripada bahan buangan tebu dan plasticizers berasaskan sayuran untuk menghasilkan headliner dan karpet kereta.

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis
Kemasan konsole tengah menggunakan bio paint berasaskan rapeseed dan minyak kacang soya.

Selain itu, bioplastik tambahan daripada sisa tebu dan jagung juga digunakan untuk penghasilan kemasan pintu, tempat duduk dan trim konsole. Untuk kemasan papan pemuka dan konsole tengah, bio-paint berasaskan rapeseed dan minyak kacang soya digunakan. Berdasarkan spesifikasi ini, hampir keseluruhan kereta ini mesra alam sekitar. Cayalah!

Harganya Lebih Murah Daripada Kereta Rasmi Mercedes-Maybach S500

The Hyundai Nexo is way cheaper and better for the environment compare to his other official car, the Mercedes-Maybach S500.#GoGreen pic.twitter.com/g37IofoYi4

— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) October 27, 2019
Kredit : Twitter Datuk Jahat Hensem

Percaya atau tidak, kenderaan hidrogen yang seumpamanya menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri Sarawak ini berharga RM 300,000 sahaja. Sudah tentu, harga ini jauh lebih murah berbanding kenderaan rasmi Mercedes-Maybach S500 yang sering digunakan oleh CM Sarawak sendiri.

Kenali Kereta Hidrogen Hyundai Nexo, Kenderaan Rasmi CM Sarawak. Gempak Habis

Menurut Abang Jo juga, kenderaan ini diimport terus dari Korea Selatan. Dalam pada itu, dua unit Hyundai Nexo telah dibeli oleh Sarawak Energy untuk tujuan pengujian stesen pengisian hidrogen dan plant penghasilan gas hidrogen. Justeru, pembelian tersebut telah menarik minat pengedar kereta Hyundai Malaysia (HMC dan Hyundai-Sime Darby Motors) untuk mempertimbangkan penjualan kereta tersebut di Asia Tenggara memandangkan Sarawak bakal mempunyai stesen gas hidrogen yang pertama di rantau ini.

Baca juga : Inilah 4 Sebab Mengapa Bas Hidrogen Sarawak Perlu Jalani Trial

Kepimpinan Melalui Tauladan CM Sarawak Menerusi Kereta Hidrogen

Kepimpinan melalui tauladan yang ditunjukkan Abang Jo melalui penggunaan kereta hidrogen tersebut dilihat sebagai salah satu usaha mempromosikan kempen hijau serta menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan generasi muda.

Gempak habis kenderaan rasmi CM Sarawak. Khabarnya, Sarawak bakal mempunyai lima stesen pengisian gas hidrogen. Adakah lebih banyak kereta hidrogen akan berada di jalan raya Sarawak pada masa akan datang selain kereta hidrogen rasmi kerajaan?

Kongsikan pandangan anda dan jangan lupa like dan share post ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Lengkap Percutian Ke Temajuk Tanpa Guna Passport Ini Panduan Lengkap Percutian Ke Temajuk Tanpa Guna Passport
Next Article Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar Pasaraya Terkemuka Sarawak Perkenal Bungkusan Daun Pisang untuk Barangan Segar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?