• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan

Oleh
ILB - AI
5 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Kisah seekor buaya putih dari Kinabatangan, Sabah

Kenali Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan. Sarawak bukan satu-satunya negeri yang mempunyai buaya legend. Di Sabah, terutamanya Sungai Kinabatangan, terdapat sebuah legenda mengenai seekor buaya berwarna putih iaitu Terrunggari.

Menurut lagenda ini, Terrunggari adalah seekor buaya yang besar dan gagah yang hidup beratus-ratus tahun yang lalu malah pada waktu usianya, manusia dan buaya boleh hidup bersama kerana Terrunggari mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan manusia.

Kenali Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
Kenali Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan

Lagenda dari masyarakat Kinabatangan

Cerita lagenda ini berasal dari masyarakat Kinabatangan. Menurut lagenda, manusia dan buaya boleh hidup bersama sepanjang sungai Kinabatangan. Mereka berkongsi sungai yang sama dan penghidupan mereka sangat aman malah tiada masalah.

Seekor buaya putih merupakan ketua segala buaya di sungai itu. Buaya ini, iaitu Terrunggari, dihormati oleh semua buaya mahupun manusia. Terrunggari mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan manusia dan sentiasa dirujuk jika manusia dan buaya mempunyai percanggahan untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

Pada suatu hari, Terrunggari melakukan perbuatan yang sangat aneh iaitu menculik seorang budak lelaki ketika budak itu bermandi manda di sungai. Kejadian itu mengejutkan penduduk tetapi mereka tak mampu nak buat apa-apa kerana Terrunggari adalah seekor buaya yang bersaiz besar.

Dalam ketakutan, mereka hanya mampu melihat budak itu dibawa pergi oleh Terrunggari ke sebuah lokasi yang tidak ketahui.

Dipercayai membaham budak itu tetapi rupa-rupanya…

Disebalik pemahaman penduduk kampung bahawa budak itu telah dibaham Terrunggari, Terrunggari hanya membawa budak itu ke sebuah batu dan meletakkannya di atas batu tersebut.

Budak itu langsung tidak dicederakan dan sangat dijaga oleh Terrunggari. Ketika ditanya mengapa dia diambil, Terrunggari berkata budak itu akan berperanan sebagai saksi pertarungannya dengan seekor buaya bernama Berlintang.

Berlintang merupakan buaya air masin dan tak kurang gagahnya mendominasi kawasan air masin. Dia juga dikatakan ketua buaya air masin di kawasan Kinabatangan dan sentiasa ditakuti kerana keganasannya. Dia juga gemar memakan haiwan serta manusia jika mempunyai peluang.

Musuh ketat Terrunggari

Berlintang bermusuh dengan Terrunggari kerani dia tak dapat meluaskan kawasannya melampaui Sungai Kinabatangan yang berair tawar.

Oleh kerana mahu meluaskan kawasannya, Berlintang mencabar Terrunggari untuk bertarung. Cabaran Berlintang kemudian disahut oleh Terrunggari kerana dia perlu menjaga maruahnya sebagai ketua buaya di Sungai Kinabatangan.

Terrunggari kemudian memberikan tugas kepada budak lelaki terbabit untuk menjadi saksi pertarungan mereka dan berpesan kepada budak itu untuk memerhati buih yang membuak di kawasan pertempuran kedua-dua buaya itu. Jika darah putih muncul, ia akan bermakna Terrunggari telah kalah dan budak itu harus beredar dengan segera untuk memberitahu setiap ketua penduduk kampung yang tinggal di persisiran sungai agar tidak mendekati sungai lagi.

Hal ini kerana jika Berlintang menguasai sungai Kinabatangan, haiwan mahupun manusia akan menjadi sasaran makanannya.

Pertempuran antara dua buaya gagah

Setelah tibanya waktu untuk kedua-dua buaya besar dan gagah itu untuk bertempur, budak itu duduk melihat sebagai saksi.

Akhirnya, darah merah muncul dipermukaan air. Budak itu lalu berdiri dan menyaksikan pertarungan itu lalu menyedari bahawa Terrunggari telah menang kerana darah merah itu milik Berlintang.

Dengan kemenangan Terrunggari, Sungai Kinabatangan sekali lagi menjadi aman damai dengan manusia dan buaya yang hidup bersama di sungai.

Ia dipercayai bahawa Terrunggari dikalahkan Berlintang pada suatu ketika lepas itu kerana kini buaya di Sungai Kinabatangan sudah menyasarkan manusia sebagai makanan. Sejauh mana kepercayaan ini benar tidak diketahui kerana ia hanya lagenda mitos dan kisahnya diturunkan secara lisan dari generasi ke generasi di kalangan masyarakat yang menghuni Sungai Kinabatangan.

Dan begitulah kisah Terrunggari, seekor buaya putih bersaiz besar dan lagenda di kalangan masyarakat Kinabatangan – demi mempertahankan sungainya serta memastikan penduduk dan buaya lain di sungai Kinabatangan selamat dari ancaman.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kanak-Kanak Maut Akibat Sirap Ubat Batuk Tercemar, Sedozen Keluarga Di Indonesia Saman Kerajaan Indonesia Kanak-Kanak Maut Akibat Sirap Ubat Batuk Tercemar, Sedozen Keluarga Di Indonesia Saman Kerajaan Indonesia
Next Article Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?