I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini

Oleh Kedung BK 5 Disember 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini

Apakah mi segera kegemaran anda?

Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini. Mi segera adalah bahagian budaya Malaysia. Ke mana sahaja anda pergi, anda akan sering melihat bungkus mi segera seperti Maggi Mi, Mee Sedap dan banyak lagi di pelbagai kedai runcit dan pasar raya. Malah dijual di kopitiam, mi segera bertindak sebagai makanan yang sempurna untuk mereka yang sedang dalam perjalanan – terutamanya mereka yang membuat perjalanan jauh seperti pemandu lori, bas dan sebagainya.

Sudah tentu, mi segera bukan sahaja unik kepada Malaysia dan kita tahu itu. Biasanya, kita akan makan mi segera dengan telur di dalamnya, atau bahkan dua bungkus sekaligus! Tetapi tahukah anda bahawa ada beberapa cara makan mi segera bergantung di negara mana? Berikut adalah 5 budaya yang memakan mi segera mereka sedikit berbeza daripada cara kita memakannya!

Bukan Unik Kepada Malaysia Sahaja, Ketahui Bagaimana Mi Segera Dimakan Oleh 5 Budaya Ini

Filipina

Di Malaysia, ia adalah perkara biasa untuk melihat mi segera dimakan di dalam mangkuk atau cup mi segera. Tetapi tahukah anda beberapa orang di Filipina lebih suka makan mi segera sebagai sandwich? Ya, sandwich!

Di Filipina, mi segera dimakan sebagai sandwich – di mana mi segera itu dibungkus dalam sandwich. Untuk cara ini, mereka memakai mi segera tradisional iaitu Pancit Canton tetapi mi segera lain boleh digunakan juga.

Mi Pancit Canton lebih digemari untuk membuat resipi ini. Kredit: Beagley Copperman

Mi itu akan dimasuk ke dalam air dan direbus sehingga lembap. Kemudian, perisa akan dimasukkan dan dicampurkan. Setelah mi itu dimasak, ia akan diketepikan dan sebuah telur akan digorengkan dalam kuali.

Setelah telur digoreng, dua keping roti akan dibakar. Mi akan diletak di atas lapisan roti pertama, kemudian telur goreng dan ditutup oleh lapisan roti terakhir.

Secara jujur, kami tidak pernah makan mi segera dengan cara ini tetapi ia dikatakan rasa sandwich ini sedap, dengan telur menambah rasa tambahan!

Kredit: Trend Hunter

Nepal

Di Nepal, mereka lebih gemari makan mi segera mereka dengan bawang, tomato, halia, cili hijau dan jus limau. Untuk membuat mi segera cara mereka, sebungkus mi Wai Wai diperlukan.

Mi Wai Wai. Kredit: importfood

Bilas sayur-sayuran dan potong dadu. Kemudian, ambil sebungkus mi dan tumbuk bungkusannya. Hancurkan mi tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan sayur-sayuran, parut sedikit halia dan campurkan perasa.

Akhir sekali, perah sedikit jus limau dan mi anda sudah selesai! Rasanya pedas, tajam dan mempunyai banyak rasa.

Kredit: Delishably

Singapura

Sebagai salah satu negara jiran terdekat kita, pastinya cara orang Singapura memakan mi mereka mungkin serupa dengan cara kita makan mi segera kita kan? Well, nampaknya mereka juga mempunyai keunikan tersendiri dengan cara makan mi segera mereka!

Untuk buat mi segera cara Singapura, anda memerlukan sebungkus mi Shin Ramyun.

Mi Shin Ramyun. Kredit: nealwest

Yang pertama, mi itu perlu direbus dalam susu. Ya, susu!

Kemudian, masukkan perasa dan sedikit keju. Masukkan sedikit rempah dengan serpihan cili dan akhinrya, sebiji telur dan biarkan masak.

Setelah dimasak, masukkan mi itu ke dalam sebuah mangkuk dan hiaskan dengan daun bawang.

Pada mulanya, mi itu akan rasa pedas tetapi susu dan keju menambah rasa lembut dan telur memberi perisa tambahan.

Mi segera campur susu dan keju. Pedas tapi lembut. Kredit: Shin Wheel

Trinidad dan Tobago

Trinidad dan Tobago adalah negara Caribbean dua pulau yang terletak berhampiran Venezuela. Sama seperti negara-negara lain yang disebutkan di atas, Trinidad dan Tobago adalah negara yang penuh dengan budaya dan masakan berpelbagaian, yang menjadikan cara mereka membuat mi segera sama unik dan sedap!

Jika anda terlalu banyak memesan KFC atau ayam goreng McDonald’s dan kini mempunyai sisa makanan, anda boleh mencuba resipi ini. Untuk resipi cara Trinidad dan Tobago, anda memerlukan sebungkus mi segera pedas.

Kemudian, kupas kulit ayam dari ayam goreng dan gorengnya kembali untuk mengembalikan keranggupannya.

Pisahkan daging dari tulang dan rebus dalam periuk air dengan perasa. Kemudian, potong sayur Bok Choy dan masukkan batang dan daun ke dalam sup secara berkala.

Akhir sekali, masukkan mi segera dan pindahkan semuanya ke dalam mangkuk lain setelah masak. Hiaskan dengan sedikit kulit ayam ranggup.

Resipi ini mungkin antara resipi paling unik setakat ini hanya dengan menggunakan sisa makanan KFC! Namun, jika anda tidak mempunyai ayam goreng KFC untuk buat resipi ini, anda boleh mengguna ayam goreng lain.

Kredit: Ricebowl Asia

Jerman

Ya, orang Jerman pun makan mi segera gais!

Untuk menyediakan mi segera ala Jerman ini, anda memerlukan sebungkus mi segera Yum Yum, lebih baik berperisa itik.

Mi Yum Yum perisa itik digemari untuk resipi ini.

Rebus dengan teliti lima dari enam bahagian mi dan masak dengan perasa. Pecahkan telur di atas kuali dan hancurkan telur itu. Kemudian, ambil mi segera yang tinggal dan hancurkannya sehingga kepingan kecil.

Campurkannya dengan produk masak anda dan anda sudah siap dengan hidangan anda.

Kredit: yumyumfoods

Mi segera dengan pelbagai cara

Mi segera adalah comfort food dan it’s nice mengetahui bahawa ia dinikmati secara berbeza oleh orang yang berlainan di seluruh dunia.

Bagaimana anda suka makan mi segera anda? Kongsi resipi anda dan jangan lupa untuk berkongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Lagenda Terrunggari, Buaya Putih Penjaga Sungai Kinabatangan
Next Article Kos Cecah Lebih 4 Juta, Netizen Kagum Lihat 'Wedding Kayangan' Pasangan Dari Sabah Ini Kos Cecah Lebih 4 Juta, Netizen Kagum Lihat ‘Wedding Kayangan’ Pasangan Dari Sabah Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?