I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenali Perayaan Ledoh, Sambutan Gawai Versi Kaum Kayan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Perayaan Ledoh, Sambutan Gawai Versi Kaum Kayan

Kedung BK 7 Ogos 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Kenali Perayaan Ledoh, Sambutan 'Gawai' Versi Kaum Kayan
Kongsi

Tahukah anda kaum Kayan mempunyai sambutan Gawai mereka sendiri?

Kenali Perayaan Ledoh, Sambutan Gawai Versi Kaum Kayan. Sekiranya anda dengar ‘Gawai Dayak’, anda terus akan terfikir tentang kaum yang menyambutkannya iaitu kaum Iban dan Bidayuh. Namun, terdapat sebuah kaum di Sarawak yang juga menyambut perayaan ‘Gawai’ mereka sendiri.

Perayaan ini digelar ‘Ledoh’ atau ‘Lemdoh’ dan ia disambut oleh kaum etnik Kayan, iaitu sebahagian daripada kaum Orang Ulu.

Kenali Perayaan Ledoh, Sambutan Gawai Versi Kaum Kayan
Kenali Perayaan Ledoh, Sambutan Gawai Versi Kaum Kayan

Tidak mempunyai tarikh tetap

Gawai Dayak disambut pada 1 Jun setiap tahun dan ia diraikan oleh kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak. Perayaan Gawai juga disambut oleh kaum Dayak di Kalimantan, Indonesia.

Perayaan Gawai Dayak disambut secara pertama kalinya di rumah Datuk Michael Buma di Siol Kandis, Kuching, pada 1 Jun 1963. Apabila sambutan ini diiktiraf oleh kerajaan sebagai perayaan seluruh negeri, Gawai Dayak disambut pada 1 Jun setiap tahun.

Namun, bagi kaum Kayan di Sarawak, perayaan ‘Gawai’ mereka tidak mempunyai tarikh tetap. Malah, ia disambut antara hujung bulan April atau awal bulan Mei. Secara amnya, perayaan ini akan dimulakan setelah penuaian terakhir dalam komuniti.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Dayak Daily

Perayaan Ledoh mula disambut pada tahun 2015 tetapi sambutan tersebut sebenarnya pernah wujud pada suatu ketika dahulu. Dihidupkan kembali oleh kaum Kayan di Sungai Asap, ia kini disambut pada setiap tahun oleh semua kaum Kayan di Sungai Asap dan Belaga kecuali Tubau. Fun fact, kaum Kayan Tubau menggelarnya ‘Ledoh’ manakala kaum Kayan Sungai Asap dan Belaga menggelarnya sebagai ‘Lemdoh’.

Perayaan ini kadang-kadang disambut oleh semua kaum Kayan dari kampung lain pada masa yang sama, atau mengikut kesesuaian masing-masing. Jadi, ada masa semua kampung Kayan akan menyambutnya secara serentak atau setiap kampung akan menyambutnya pada masa yang berbeza.

Asal usul Ledoh

Sebelum memeluk agama, kaum Kayan pada suatu ketika dahulu mengamalkan sebuah kepercayaan lama iaitu kepercayaan Bungan.

Kaum Kayan. Kredit: Pinterest

Kepercayaan ini pada asalnya diamalkan oleh kaum Kenyah dan diperkenalkan kepada masyarakat Kayan pada abad ke-20. Sebelum mereka memeluk kepercayaan Bungan, perayaan akhir penuaian pertama adalah Dange. Setelah memeluk kepercayaan Bungan, mereka menggantikan perayaan dange menjadi ledoh.

Persiapan untuk perayaan Ledoh. Kredit: Tuyang Initiative

Beza antara perayaan dange dan ledoh ialah roh dan dewa-dewanya, dan juga sebahagian amalan untuk upacara penuaian akhir. Ritualnya pun berbeza.

Masyarakat Kayan di Kalimantan, Indonesia masih menyambut perayaan Dange sehingga hari ini.

Dimulakan dengan ritual melangayo

Perayaan Ledoh akan ditentukan oleh ketua kaum. Pada masa dahulu, dukun komuniti atau dayong ritual akan memulakan doa pembukaan setelah tarikh ditetapkan oleh ketua kaum. Dayong ritual ini merupakan pengamal kepercayaan Bungan.

Kemudian, sebuah ritual iaitu melangayo akan dibuat. Upacara ini merupakan upacara rite of passage yang hanya untuk lelaki di komuniti. Dulu, ia merupakan upacara berkat untuk mereka melakukan headhunting tetapi kini ia dibuat untuk menerima berkat agar mendapatkan pekerjaan dan/atau pendidikan bagus.

Hanya lelaki sahaja akan menyertai upacara melangayo. Kredit: Mei Mei Chu

Pada hari pertama melangayo dibuat, semua lelaki dari komuniti akan berkumpul dan akan dibawa ke sungai oleh untuk menerima berkat dari dayong ritual. Kemudian, mereka akan kembali ke rumah panjang mereka dan kaki mereka akan dibasuh dengan tuak tebu atau burak jakantevo’ oleh ahli-ahli perempuan di rumah panjang.

Kaki lelaki yang menyertai upacara melangayo akan dibasuh oleh para perempuan di rumah panjang. Kredit: Mei Mei Chu

Mereka yang menyertai ritual terbabit tidak dibenarkan untuk memasuki bilik masing-masing dan harus melakukan segala kerja mereka (termasuk mandi, makan, memasak dan sebagainya) di luar. Oleh itu, mereka akan menyediakan barang-barang mereka di luar sebelum melakukan ritual berkenaan. Jika mereka memerlukan sesuatu dari bilik mereka, ahli keluarga lain akan membantu mereka untuk memberikan barang mereka.

Rumah panjang Kayan. Kredit: eBay

Hal ini kerana pada masa dahulu, ini adalah untuk mengajar para lelaki di rumah panjang untuk sentiasa berwaspada dengan kawasan sekeliling dan melindungi rumah panjang mereka daripada ancaman luar. Ini boleh dikatakan sebagai sebuah cara untuk ‘melatih’ mereka untuk sentiasa berwaspada dengan persekitaran mereka.

Perayaan yang disambut dengan meriah

Setelah selesainya upacara melangayo, beberapa ritual akan dibuat untuk memberkati para lelaki.

Pada waktu pagi hari seterusnya, sebuah lagi upacara lain akan dibuat dan perayaan utama akan dilakukan setelah itu. Perayaan utama pada dasarnya bermula dengan dayong ritual pergi ke setiap bilik untuk mendoakan orang-orang yang mendiami bilik tersebut.

Sebuah rumah panjang Kayan kebiasaannya mempunyai beratus pintu, oleh itu proses ini akan mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan!

Oleh itu, dayong ritual akan dibantu oleh pembantu-pembantunya untuk melakukan proses ini.

Rumah panjang Uma Belor Leo Dian, Belaga. Kredit: Facebook

Setelah selesainya proses ini, baru mereka dapat menyambut dengan meriah, diiringi dengan makanan, minuman, nyanyian dan tarian.

Pada masa dahulu, ledoh akan ditamatkan apabila dayong ritual sudah selesai menunaikan doa dan keberkatan mereka tetapi kini ketua kampung boleh menentukan bila ia akan ditamatkan.

Kini, kebanyakan ritual asal sudah tidak diamalkan kerana kebanyakan kaum Kayan sudah memeluk agama (mostly Kristian Roman Katolik atau Anglican).

Namun, bagi kaum Kayan di Kalimantan, Indonesia, mereka masih mengamalkan ritual asal walaupun sudah memeluk agama Kristian.

Rumah panjang Kayan di Kalimantan, Indonesia. Kredit: Bombastic Borneo

Lagi di sini:

Kedung BK 7 Ogos 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang 'Bodoh' Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang Bodoh Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE
Next Article Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Kahwin Campur Di Miri Ini Buat Netizen Terharu
Cerita Borneo

Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu

11 Ogos 2022
Cerita Borneo

Laluan Fasa Pertama ART Sarawak Tular, Boleh Naik Dari Summermall Ke Waterfront

11 Ogos 2022
Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut
Cerita Borneo

Seorang Penjawat Awam Dikehendaki Di Bintulu, Pihak Polis Kini Masih Mencari Lelaki Tersebut

10 Ogos 2022
Cerita Borneo

Dokumentari Terbitan Gadis Sarawak Ini Tercalon Dalam Anugerah Berprestij EMMY

10 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?