• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak

Oleh
Aina Musa
2 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak

Siapa sangka pemain bola sepak berwajah Inggeris ini rupanya dilahirkan di Sarawak

Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak. Namanya tidaklah sehebat bintang pertahanan Buriram United, Dion Johan Cools yang mula memikat hati penyokong Harimau Malaya selepas menampilkan aksi memberangsangkan dalam Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 baru-baru ini.

Tetapi pemain warisan yang membantu kelab England, Maidstone United FC turut mempunyai portfolio hebat untuk mewakili Harimau Malaya jika diberi peluang beraksi di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Kenali Samuel Bone, Jaguh Bola Sepak Harapan Ke EPL Dari Sarawak

Manakan tidak, pemain kelahiran Kuching, Sarawak, Samuel Bone lahir dalam sistem bola sepak England bersama Charlton Athletic sebelum berkelana ke Ireland selama tujuh tahun.

Musim ini, Samuel meninggalkan kelab gergasi Ireland, Dundalk FC untuk kembali ke England dengan menyertai Maidstone United dan menjadi tonggak utama pasukan yang berada di divisyen keenam Liga Inggeris.

Pada pusingan pertama Piala FA, Maidstone berjaya menewaskan Chesham United dengan keputusan 2-0 pada 4 November lalu yang mana Samuel diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Menurut laporan daripada Majoriti, Maidstone turut tersenarai antara empat pasukan kelab liga bawahan yang berjaya layak ke pusingan kedua Piala FA bersama-sama Horsham FC, Ramsgate FC dan Alfreton Town FC.

Barrow AFC dijadualkan bertemu Maidstone dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala FA yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Jika Sam berjaya membantu Maidstone layak ke pusingan seterusnya, pemain berusia 25 tahun itu berpeluang bertemu bintang-bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Erling Haaland, Son Heung-min, Raheem Sterling dan ramai lagi.

Berdasarkan statistik Vanarama National League South, pemain pertahanan berketinggian 1.87 meter itu telah menjaringkan dua gol dalam 19 perlawanan terakhir.

Jadi, tidak hairanlah jika Samuel merupakan antara calon terbaik untuk diperkenalkan ke dalam skuad Harimau Malaya yang semestinya berharap tembok pertahanan lebih kukuh di masa akan datang.

Baca lagi artikel menarik:

Bintang Muda Dalam Sukan Muay Thai, Ini Biodata Johan Ghazali
Acho Prince, Anak Sarawak Pertama Rangkul Gelaran Juara ‘Arm Wrestling’ Peringkat Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini Wan Aishah, Keturunan Ke-7 Mahsuri Yang Hidup Pada Zaman Ini
Next Article Rainbow Slide Terpanjang Di Sarawak Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Di Coco Cabana Miri Rainbow Slide Terpanjang Di Sarawak Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Di Coco Cabana Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?