Wah, menarik ni!
Rainbow Slide Terpanjang Di Sarawak Jadi Tarikan Baru Buat Pengunjung Di Coco Cabana Miri. Coco Cabana Miri merupakan salah satu destinasi popular di bandar Miri, Sarawak. Tempat ini terkenal dengan suasana pantai yang indah dan santai serta pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung.
Coco Cabana Miri terletak di sebelah pantai Lutong, Miri dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Sesampainya di sana, anda akan disambut dengan suasana tropika yang menenangkan, dengan pasir pantai yang putih dan air laut yang jernih.

Slide warna warni jadi perhatian
Lokasi ini sangat sesuai untuk anda menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan suasana tenang dari kesibukan bandar yang bising dan sibuk.
Sekiranya anda mencari destinasi menarik untuk berhibur hujung minggu ini, pasti anda akan teruja dengan tarikan baru yang terdapat di Coco Cabana Miri iaitu Rainbow Slide terpanjang di Sarawak!
Anda pasti akan merasakan keseronokan yang tidak terkata apabila meluncur turun melalui rainbow slide yang bakal dibuka tidak lama lagi ini.
Bayaran : RM 10 (3 ROUND)
Lokasi : Coco Cabana MIRI
Bolehlah OOTD lepas ni

Dengan corak yang cerah dan susunan yang menarik, Slaid Pelangi pasti akan menjadi tarikan yang popular untuk penduduk tempatan, pelancong dan kanak-kanak.
Slaid Pelangi ini pasti akan memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ia juga merupakan tempat yang ‘instagramble’ untuk mengambil OOTD yang cantik dengan latar belakang Slaid Pelangi!