• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Wong Tee Kue, Dahulu Jaguh Baling Tukul Besi Sukan SEA Kini Menjadi KPD Simunjan

Oleh
ILB - AI
19 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dari arena sukan ke bidang kepolisan

Kenali Wong Tee Kue, Dahulu Jaguh Baling Tukul Besi Sukan SEA Kini Menjadi KPD Simunjan. Bergelar juara baling tukul besi Sukan SEA dari tahun 1991 hingga 2001, Kini Deputi Superitendan Wong Tee Kue dilantik menjadi Ketua Polis Daerah (KPD) Simunjan yang baru.

Lapor media, menerusi majlis serah terima tugas jawatan antara Asisten Superitendan Honchin Ludu kepada Wong berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak disaksikan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

Anak kelahiran Sungai Petai, Sarikei itu berkata, sebelum dilantik sebagai KPD Simunjan, beliau menjawat jawatan sebagai Asisten Superitendan Bahagian Pengurusan (Pelesenan) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Sarawak.

Kenali Wong Tee Kue, Dahulu Jaguh Baling Tukul Besi Sukan SEA Kini Menjadi KPD Simunjan
Kenali Wong Tee Kue, Dahulu Jaguh Baling Tukul Besi Sukan SEA Kini Menjadi KPD Simunjan

Berkhidmat dalam PDRM selama 36 tahun

Katanya dia ingin membalas kepercayaan tinggi yang diberi pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkhidmat kepada masyarakat kawasan Simunjan.

Terdahulu, dia telah memulakan perkhidmatan dalam PDRM pada tahun 1986 dan kini sudah berkhidmat selama 36 tahun. Sebelum ini, jawatan yang pernah dipegang ialah Pegawai Penyiasat Trafik, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.

Wong juga pernah menjawat jawatan Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Sibu, Inspektor Perkhidmatan/Perjawatan IPD Sibu, Ketua Polis Balai Lanang IPD Sibu dan Pegawai Pelesenan IPD Sibu.

Wong Tee Kue AKA ‘Hammer Lord’. Kredit foto: Borneo Network

Pencapaian Wong Tee Kue dalam acara baling tukul besi

Untuk rekod, Wong telah berkecimpung dalam bidang sukan sebagai atlet olahraga dalam acara tukul besi negara selama 15 tahun.

Sepanjang bergelar atlet, dia telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 1989, Sukan Negara Islam Sedunia 1989 Kuwait (pingat gangsa), Sukan SEA 1991 Filipina (pingat emas), Sukan SEA 1993 Singapura (pingat emas), Sukan SEA 1995 Thailand (pingat emas), World Police and Fire Games Melbourne Australia, Sukan SEA 1997 Indonesia (pingat perak).

Wong juga turut cemerlang di Sukan SEA 1999 Brunei (pingat emas), Sukan SEA 2001 Malaysia (pingat emas), Sukan Arafura 2001 Darwin Austria (pingat emas), World Police and Fire Games Indianapolis A.S 2001 (pingat emas), Sukan SEA 2003 Vietnam (pingat gangsa), World Police and Fire Games Barcelona Sepanyol 2003 (pingat perak) dan Asia Master Atletics Championships Kuching 2019 (pingat emas).

Juara lima kali baling tukul besi. Kredit foto: Borneo Network

Menerusi prestasi yang cemerlang dalam bidang sukan, Wong telah menerima anugerah Olahragawan Negeri Sarawak 1991.

Sememangnya, Wong Tee Kue merupakan idola dan juga inspirasi buat ahli sukan di negara kita ini kerana telah berjaya dalam bidang sukan serta menjadi pegawai polis yang disegani masyarakat.

Kenali juga dua anak kelahiran Borneo yang menjadi inspirasi ramai, baca di sini:

https://www.iloveborneo.my/kenali-lucy-lingam-penghulu-wanita-india-pertama-dilantik-di-sarawak/
Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bosan Bersenam Di Rumah? 10 Trek Joging Yang Best Di Sekitar Kuching
Next Article Gara-Gara Nak 'Repair' Mesin Basuh, Rider Teksi Ini Caj Bayaran Lebih Kepada Pelanggan Gara-Gara Nak ‘Repair’ Mesin Basuh, Rider Teksi Ini Caj Bayaran Lebih Kepada Pelanggan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?