• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia

Oleh
Husna Hazmi
23 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Penny Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah.

Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia. Anak kelahiran negeri Sabah, Penny Wong adalah antara 5 anggota kaukus Parti Buruh yang menjadi barisan menteri pertama untuk mengangkat sumpah pada pilihan raya umum Australia.

Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia
Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia

Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah

Penny Wong yang berkelulusan undang-undang dilahirkan di Kota Kinabalu telah berpindah ke Australia pada tahun 1976 ketika berusia 8 tahun. Bapa beliau berasal dari Sabah manakala ibunya pula berasal dari Australia.

Beliau pertama kali dilantik sebagai anggota Senat mewakili Parti Buruh pada tahun 2001 dan pernah dua kali dilantik semula pada 2007 serta 2013.

Selain itu, di bawah kerajaan Kevin Ruud pada tahun 2007, beliau telah dilantik sebagai menteri Perubahan Iklim dan Air. Pada tahun 2010 pula, selepas pilihan raya umum, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Pada tahun 2013 Penny dilantik sebagai Ketua Kerajaan di Senat dan selepas pertukaran kerajaan pada tahun yang sama, beliau dilantik lagi sebagai Ketua Pembangkang di Senat iaitu wanita pertama bagi memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia

Kini, beliau menyertai Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese

Susulan pilihan raya umum tahun 2016 pula, Penny dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang di Senat dan sebagai Menteri Luar dalam Kabinet bayangan parti Buruh.

Kini, beliau menyertai Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese, yang akan bersama Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India pada sidang kemuncak Quad selama dua hari, dalam tugas rasmi pertama selepas memenangi pilihan raya kebangsaan.

Penny Wong merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan kabinet dan juga merupakan ahli parlimen wanita gay pertama di Australia.

Lagi di sini cerita menarik yang berlaku di Borneo:

SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Temui Serpihan Kaca Botol Bir Dalam Sungai, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Temui Serpihan Kaca Botol Bir Dalam Sungai, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa
Next Article Tular Rakaman Buang Patung Keagamaan Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Didenda RM2,500 Tular Rakaman Buang Patung Keagamaan Dalam Tong Sampah, Lelaki Ini Didenda RM2,500

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?