Warga Pontianak pertama raih emas dalam acara speed climning lelaki di Olimpik Paris 2024, Veddriq Leonardo turut disambut meriah warga Pontianak
Kepulangan Pemenang Pingat Emas Olimpik, Veddriq Leonardo Disambut Meriah Warga Pontianak. Seperti yang diketahui umum, Veddriq Leonardo telah mencipta sejarah buat Indonesia apabila berjaya meraih pingat emas pertama negara itu di Sukan Olimpik Paris 2024, dalam acara speed climbing lelaki.
Baru-baru ini, satu hantaran tular di laman sosial mengenai Veddriq Leonardo disambut dengan meriah semasa balik ke kampung halaman, Pontianak, Indonesia.

Atlet berbakat ini telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, menjadikannya wira sukan yang disanjung ramai.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, kehadiran Leonardo di Kalimantan Barat telah mencetuskan kegembiraan dalam kalangan penduduk tempatan. Mereka berbangga dengan pencapaian anak jati Pontianak ini yang telah mengangkat nama daerah mereka ke peringkat dunia.
Kisah kejayaan beliau akan terus menjadi bualan dan sumber motivasi bagi rakyat Pontianak untuk masa yang akan datang.
Sebelum ini, beliau melakar kemenangan dalam acara ‘speed’ mencatat masa 4.75 saat (s) sekali gus merakamkan rekod peribadi terbaiknya menewaskan wakil China, Wu Peng yang sekadar mencatat 4.77s.

