• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Koperal Matthew, Askar Dari Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000

Oleh
Nazihah AN
2 Mac 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Tidak dapat dilupakan insiden pengganas militan Al-Maunah

Koperal Matthew, Askar Dari Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000. Sebelum ini kita pernah dengar kejadian ekstremis berkenaan militan Abu Sayyaf di Lahad Datu, kan? Sebelum adanya tragedi ini, pertama kali negara kita digemparkan dengan satu insiden berdarah yang agak mengejutkan satu Malaysia pada sekitar tahun 2000. Insiden tersebut adalah kemunculan satu organisasi militan yang dikenali dengan Al-Maunah atau nama penuh organisasi Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.

Koperal Matthew, Askar Dari Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Koperal Matthew, Askar Dari Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000

Pada 2 Julai tahun 2000, pengganas militan ini telah melakukan rompakan dan menyamar sebagai pegawai tentera menuju ke sebuah kem Rejimen Askar Wataniah untuk mencuri senjata-senjata. Lebih 100 senjata berkuasa tinggi dan beribu ubat bedil untuk melancarkan pemberontakan besar.

Al-Maunah mendirikan kubu rahsia untuk melakukan pemberontakan di Bukit Jenalik, kawasan hutan berhampiran dengan perkampungan Sauk, Perak.

Koperal Matthew, Askar Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Bukit Jenalik, Kampung Sauk.

Koperal Matthew Anak Medan

Bagi menyekat pergerakan pengganas militan tersebut, sepasukan polis telah dihantar untuk melakukan siasatan ke kubu pengganas Al-Maunah. Namun, telah dilaporkan bahawa dua orang anggota polis, Sarjan Mohd Shah dan Koperal Detektif Sanghadevan dijadikan tebusan militan tersebut. Tidak lama kemudian, pasukan kedua peninjau komando telah dihantar untuk menyelinap masuk ke kubu mereka. Malangnya, kedudukan mereka terlalu rapat dengan tempat persembunyian Al-Maunah.

Koperal Matthew, Askar Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Koperal Matthew Anak Medan. Sumber: Youtube

Dalam kejadian berbalas tembakan, 2 komando terperangkap di kawasan terdekat dengan anggota militan. Seorang daripada komando tersebut cedera namun berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi ditangkap oleh anggota militan tersebut dan dibawa kepada ketua mereka.

Ketua militan Al-Maunah, Mohamed Amin bin Mohamed Razali mengajukan soalan bertubi-tubi kepada komander tersebut disaksikan oleh Sarjan Mohd Shah yang juga menjadi tebusan militan. Komander tersebut ialah Koperal Matthew anak Medan, 25 tahun juga digelar sebagai ‘bujang berani’ oleh penduduk.

Koperal Matthew, Askar Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Ketua militan Al-Maunah, Mohamed Amin bin Mohamed Razali berjaya ditangkap

” Kenapa kamu datang sini? Siapa ketua kamu? Kalau kamu tak nak beri kerjasama dengan kami, kami akan bunuh kamu,” kata Sarjan Shah kepada media berkenaan apa yang didengar beliau semasa ketua militan mengajukan soalan kepada Koperal Matthew.

Koperal Matthew masih tenang dan enggan bersuara apa-apa untuk menjawab soalan dari ketua militan. Berang kerana soalan masih tidak dijawab beliau, Mohamed Amin bertindak kejam untuk menyeksa beliau dengan menembak kaki beliau satu persatu.

Soal siasat diajukan berterusan tetapi beliau masih enggan mendedahkan sebarang maklumat. Beliau dibunuh dengan tembakan terakhir dari belakang.

Koperal Matthew, Askar Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Sumber: Twitter
Koperal Matthew, Askar Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000
Sumber: Twitter

Seperti yang digambarkan, @/HaikalEk telah membuat bebenang mengenai sejarah hitam Al-Maunah di akaun Twitter nya. Dalam usia beliau yang muda, beliau telah mengorbankan dirinya demi menyimpan rahsia negara dari pengganas Al-Maunah.

Perwira masih dalam kenangan

Masih ramai yang mengingati jasa beliau walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu. Nanga Tada merupakan tempat kelahiran beliau dan juga keluarga beliau masih merasa kehilangan atas hero tanah air ini.

“Hingga ke mati, mendiang banyak menolong kita di sini dan generasi kita harus ingat budinya. Mendiang bukan sahaja mati demi mempertahankan negara tetapi untuk kita semua.” kata Ngemah Alexander Vincent.

Koperal Matthew, Askar Sarawak Yang Terkorban Dalam Sejarah Hitam Al-Maunah Tahun 2000

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah hitam Al-Maunah boleh lihat dokumentari ini:

Baca juga artikel menarik di bawah:

Begini Rupanya Beza Darurat 1948 Dan PKP 2020
Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beberapa Kawasan Sudah Lepasi Paras Air Tahap Bahaya, MET Malaysia Beri Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak
Next Article Digelar Apot Waterfall, Air Terjun Ini Merupakan Kejadian Alam Yang Sangat Indah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?