• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerabat Diraja Selangor Dan Permaisuri Agong Selamat Berangkat Tiba Di Kuching

Oleh
Farisha
28 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tujuan Sultan dan Tengku Permaisuri adalah untuk menghadiri RWMF 2024

Kerabat Diraja Selangor Dan Permaisuri Agong Selamat Berangkat Tiba Di Kuching. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada hari ini, menurut laporan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Baginda berdua sampai pada pukul 11.55 pagi dan disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bersama isterinya Puan Sri Datin Amar Fatimah Iskandar. Turut hadir ialah isteri Timbalan Premier Sarawak, Datin Amar Enn Ong Siok Ean dan beberapa orang kenamaan lain.

Kerabat Diraja Selangor Dan Permaisuri Agong Selamat Berangkat Tiba Di Kuching
Kerabat Diraja Selangor Dan Permaisuri Agong Selamat Berangkat Tiba Di Kuching

Tujuan lawatan Baginda adalah untuk menyaksikan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang akan berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad di Kampung Budaya Sarawak.

Selain itu, Baginda berdua juga akan mencemar duli melawat Muzium dan Galeri Tun Jugah Foundation pada pagi Sabtu. Dijangkakan Baginda berdua akan bertolak pulang menggunakan pesawat khas pada 30 Jun.

Manakala, tujuan Raja Zarith Sofiah adalah untuk menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bahkan, Raja Zarith Sofiah dalam lawatan baginda yang julung kalinya ke Sarawak ini, dijadual menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) esok. 

Sumber foto: Utusan Borneo

Pada sebelah malam esok pula, Raja Zarith Sofiah dijadual menghadiri Majlis Santapan Negeri di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada jam 8 malam. 

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun
Cipta Pengalaman Indah, Ini Adalah Aktiviti Menarik Sepanjang RWMF

SUMBER :UKASUtusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Klinik Kesihatan Long Lama Di Baram Dibaik Pulih, Dijangka Siap Pada Tahun 2028 Klinik Kesihatan Long Lama Di Baram Dibaik Pulih, Dijangka Siap Pada Tahun 2028
Next Article Pengaruh Sejarah Kesultanan Brunei Dalam Pembentukan Masyarakat Sabah Pengaruh Sejarah Kesultanan Brunei Dalam Pembentukan Masyarakat Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?