• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Oleh
Ismail NA
7 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Kenapa baru sekarang?

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan pada Selasa, 5 April bahawa pelitup separuh muka bukan perubatan mestilah mempunyai logo SIRIM dan akan dikuatkuasakan pada 4 Julai depan.

Isi Isi Penting
  • Kenapa baru sekarang?
  • Rakyat khuatir harga akan naik
  • Banyak pertikaian daripada rakyat di laman Twitter
  • Bagaimana pula dengan pelitup separuh muka jenis kain?
  • Peniaga rugi, pembeli sebenarnya untung?
  • Baca juga:

Arahan ini diwartakan melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Pengilang atau pengimport pelitup separuh muka bukan perubatan diminta untuk memohon perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh para pembeli. Perakuan ini hendaklah diperoleh daripada badan berkuasa yang dilantik iaitu SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Menerusi kenyataan rasmi, pewartaan ini dibuat bagi memastikan pelitup separuh muka bukan perubatan yang dikilangkan di sini atau diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan. Selain itu, ia juga bagi membendung isu lambakan pelitup separuh muka yang tidak berkualiti di negara ini.

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?
Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat? Sumber: BERNAMA

Syarikat yang ingkar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM500,000.

Bagi kesalahan individu pula, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, pewartaan ini tidak begitu disenangi oleh rakyat di negara ini.

Rakyat khuatir harga akan naik

Antara kebimbangan utama yang disuarakan adalah berkenaan kemungkinan kenaikan harga pelitup separuh muka.

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata melalui laporan Sinar Harian bahawa produk yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan daripada agensi tertentu lazimnya akan mengalami kenaikan harga.

Meskipun niat kerajaan untuk membanteras lambakan pelitup separuh muka adalah baik, namun penguatkuasaan ini perlulah memfokuskan kepada objektif untuk mengawal wabak berbanding menekan dan membebankan peniaga serta pengguna.

Sebagai contoh, kenaikan harga pelitup separuh muka adalah satu bentuk bebanan langsung kepada pembeli kerana pelitup separuh muka masih menjadi satu kewajiban dalam kehidupan seharian individu di Malaysia.

Bagi peniaga pula, tentunya ini penguatkuasaan ini akan membebankan mereka kerana terdesak untuk menghabiskan stok pelitup muka sedia ada atau terpaksa berdepan risiko kerugian.

Banyak pertikaian daripada rakyat di laman Twitter

Respon di laman Twitter pula mendapati bahawa langkah ini terlalu lewat untuk diimplementasikan memandangkan negara sudah dalam fasa peralihan ke arah endemik. Malah, kelulusan daripada SIRIM turut dipersoalkan kerana berlaku ‘conflict of interest’ dan ada pelitup sepatuh muka yang sudah pun diluluskan oleh lembaga peralatan perubatan Malaysia, MDA.

Untuk makluman anda, mana-mana peralatan atau pemakaian perubatan yang diluluskan oleh MDA sebenarnya sudah mematuhi standard SIRIM.

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?
Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Malah, langkah ini juga boleh mengecilkan pilihan pengguna dan disyaki melindungi pengeluar berkaitan kroni kerajaan.

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Bagaimana pula dengan pelitup separuh muka jenis kain?

Ada juga yang mempertikaikan perakuan SIRIM ini sebagai sesuatu yang sia-sia kerana kerajaan membenarkan penggunaan pelitup separuh muka jenis kain yang sememangnya tidak perlu mendapatkan mana-mana pengesahan daripada agensi keselamatan dan kesihatan.

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Peniaga rugi, pembeli sebenarnya untung?

Seorang pengguna pula menjelaskan bahawa situasi ini pula sebenarnya lebih banyak membawa keburukan kepada peniaga berbanding pembeli. Malah, pembeli tidak akan terjejas langsung dengan pewartaan ini.

Hal ini kerana platform jualan dalam talian seperti Lazada dan Shopee akan mengehadkan penjual pelitup separuh muka asing seperti dari Indonesia, China, Korea dan sebagainya. Meskipun pelitup separuh muka yang dijual ini adalah murah, namun kebanyakannya tidak berkualiti, nipis dan cepat putus.

Selain penjual luar negara, platform ini juga berkemungkinan akan menekan penjual tempatan yang menjual pelitup separuh muka tidak mempunyai perakuan SIRIM. Penjual dijangka akan diarahkan untuk memadam senarai jualan atau menukar pembekal kepada pembekal tempatan, menyebabkan harga akan meningkat.

Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?
Kerajaan Bakal Laksana Pelitup Muka Mesti Ada Logo SIRIM, Wajar atau Sudah Terlalu Lambat?

Hmmm. Apa pendapat anda tentang perkara ini? Adakah ia sesuatu yang wajar atau sebaliknya?

Baca juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini MetMalaysia Keluar Kenyataan, Amaran Dijangka Ribut Petir Di 10 Tempat Di Sarawak Hari Ini
Next Article Sering Guna Perkhidmatan E-Hailing? Wanita Ini Kongsi Bagaimana Anda Melindungi Diri Jika Anda Tidak Rasa Selamat Sering Guna Perkhidmatan E-Hailing? Wanita Ini Kongsi Bagaimana Anda Melindungi Diri Jika Anda Tidak Rasa Selamat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?