• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Lanjutkan Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Sempena Musim Perayaan

Oleh
Farisha
6 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita Baik, kerajaan lanjutkan subsidi tiket penerbangan sempena Krismas, Tahun Baru Cina, Raya & Gawai

Kerajaan Lanjutkan Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Sempena Musim Perayaan. Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan bahawa subsidi tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak, dan Labuan akan diteruskan bagi musim perayaan tahun ini dan tahun hadapan.

Menurut laporan Bernama, inisiatif ini akan melibatkan subsidi tiket penerbangan untuk sambutan Krismas tahun ini, manakala untuk tahun 2025, ia akan merangkumi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Gawai, Pesta Kaamatan, serta Krismas.

Kerajaan Lanjutkan Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Sempena Musim Perayaan
Kerajaan Lanjutkan Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Sempena Musim Perayaan. Gambar hiasan.

Harga Tiket RM499
Melalui subsidi ini, harga maksimum tiket penerbangan sehala bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Labuan ditetapkan pada RM499, tidak termasuk cukai dan yuran tambahan lain.

Pengurangan ini adalah langkah signifikan berbanding harga sebelum ini iaitu RM599. Kerajaan akan menanggung perbezaan kos antara harga tiket sebenar dan harga maksimum yang telah ditetapkan, memberikan penjimatan kepada rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman.

Tempoh Perlaksanaan Dipanjangkan

Selain itu, menurut laporan media tempatan, tempoh pelaksanaan subsidi ini juga telah dilanjutkan daripada tiga hari kepada empat hari sebelum tarikh utama musim perayaan.

Bagi tahun ini, subsidi akan berkuat kuasa pada 21 hingga 24 Disember 2024 sempena Krismas. Untuk sambutan Tahun Baru Cina 2025, subsidi akan bermula pada 25 hingga 28 Januari, diikuti oleh Hari Raya Aidilfitri dari 27 hingga 30 Mac 2025.

Manakala, bagi sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai, subsidi akan tersedia pada 26 hingga 29 Mei 2025 serta 28 hingga 31 Mei 2025 masing-masing.

Meringankan Beban Rakyat

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat meraikan musim perayaan bersama keluarga tersayang tanpa terbeban dengan kos penerbangan yang tinggi. Langkah ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesalinghubungan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Rakyat dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi menikmati manfaat daripada subsidi ini dan memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kekerapan penerbangan sempena Tahun Baru Cina 2025:

AirAsia Umum Tambah Kekerapan Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina 2025
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Petugas Kesihatan Di Sibu Dipaksa Kerja Setiap Hari, Netizen Luah Prihatin Tular Petugas Kesihatan Di Sibu Dipaksa Kerja Setiap Hari, Netizen Luah Prihatin
Next Article UPM Bintulu Perkenal Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui Pertama Di Sarawak UPM Bintulu Perkenal Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui Pertama Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?