• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Umum Tambah Kekerapan Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina 2025

Oleh
Nazihah AN
28 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
AirAsia Umum Tambah Kekerapan Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina 2025

Penerbangan AirAsia dari Singapura ke Sabah & Sarawak Ditambah

AirAsia Umum Tambah Kekerapan Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina 2025. AirAsia bersiap sedia untuk menyambut Tahun Ular pada tahun 2025 dengan mengumumkan penerbangan tambahan sempena Tahun Baru Cina bagi menyatukan keluarga dan rakan-rakan antara Singapura dan Sabah/Sarawak.

Para tetamu AirAsia kini boleh merancang perjalanan perayaan mereka antara 24 Januari dan 5 Februari 2025. Sepanjang tempoh ini, nikmati penerbangan lewat malam dari Singapura ke Kuching, atau penerbangan secara terhad dari Singapura ke Sibu, Miri atau Tawau.

AirAsia Umum Tambah Kekerapan Penerbangan Sempena Tahun Baru Cina 2025

Penerbangan Khas Sempena Tahun Baru Cina

Dengan penambahan 22 penerbangan tambahan ke destinasi terpilih antara Sabah dan Sarawak, AirAsia akan mengoperasikan 43 penerbangan sepanjang musim perayaan 2025 dengan menawarkan lebih daripada 7,900 tempat duduk dengan tambang istimewa. Ini adalah bukti komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk meningkatkan kesalinghubungan perjalanan semasa musim perayaan selari dengan misi utama iaitu ‘Kini semua orang boleh terbang’.

Penerbangan Tambahan dari 2 hingga 5 Februari 2025:

Penerbangan Musim Perayaan dari 24 Januari hingga 4 Februari 2025:

Para tetamu yang merancang perjalanan semasa musim perayaan ini digalakkan untuk melakukan daftar masuk kendiri melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia sehingga 14 hari sebelum tarikh berlepas. Dengan menggunakan pas masuk elektronik, anda boleh menaiki penerbangan dengan lebih mudah. Untuk pengalaman perjalanan yang lancar, disarankan agar anda tiba awal di lapangan terbang. Kaunter penyerahan bagasi kendiri dibuka sekurang-kurangnya dua (2) jam sebelum waktu.

Baca juga artikel semasa di bawah:

AirAsia Dapat Hak Trafik Udara Untuk Tambah Laluan Baharu Dari Sabah Dan Sarawak
AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia 2024

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Matang Pernah Dilabel Projek Sakit, Kini Dijangka Siap Lebih Awal Jalan Matang Pernah Dilabel Projek Sakit, Kini Dijangka Siap Lebih Awal
Next Article Pelajar Sabah, Hanisah Omar Finalis Global Youth Awards 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?