• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas

Oleh
Ismail NA
15 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Berita baik untuk rakyat Malaysia!

Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan penggunaan bersyarat vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNtech untuk diberikan kepada golongan berusia 12 tahun dan ke atas.

Isi Isi Penting
  • Berita baik untuk rakyat Malaysia!
  • Golongan berusia 12 hingga 17 tahun akan dimasukkan dalam PICK Fasa Kelima
  • Vaksin CanSino dan Johnson & Johnson turut dapat kelulusan bersyarat NPRA
  • Baca lagi :

Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahawa selain kelulusan vaksin Pfizer untuk golongan ini, 2 lagi vaksin iaitu CanSino dan Johnson & Johnson juga telah diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia. Kedua-dua vaksin ini hanya memerlukan satu dos sahaja berbanding vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Walaupun kebenaran telah diberikan untuk vaksin Pfizer disuntik kepada golongan 12 tahun dan ke atas, namun keutamaan masih diberikan kepada golongan berisiko tinggi selaras dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas
Gambar hiasan

Golongan berusia 12 hingga 17 tahun akan dimasukkan dalam PICK Fasa Kelima

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba menjelaskan bahawa kanak-kanak yang berusia di antara 12 hingga 17 tahun akan dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan ini dalam fasa kelima. Fasa tersebut dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini, dengan syarat PBKD dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan penggunaan vaksin ini kepada golongan kanak-kanak/remaja.

Vaksin yang digunakan di dalam negara buat masa ini hanyalah pemberian vaksin untuk golongan berusia 18 tahun dan ke atas berdasarkan kelulusan NPRA. Setakat ini, hanya vaksin Pfizer sahaja yang telah menghantar permohonan untuk membenarkan vaksin tersebut digunakan bagi peringkat umur 12 tahun dan ke atas.

Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas
Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas

Vaksin CanSino dan Johnson & Johnson turut dapat kelulusan bersyarat NPRA

Kelulusan bersyarat yang diberikan kepada dua lagi vaksin iaitu CanSino dan Johnson & Johnson memerlukan informasi terperinci berkaitan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan vaksin berdasarkan pemerhatian dan data terkini. Ini bagi memastikan manfaat vaksin adalah tinggi dan positif berbanding risiko yang dibawa oleh vaksin.

Pihak KKM juga sedang berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan kesihatan awam menangani pandemik menerusi perolehan bekalan vaksin yang dinilai oleh NPRA berdasarkan kualiti, keselamatan dan keberkesanan serta diperakui oleh PBKD.

Setakat ini, hanya 5 vaksin yang telah mendapat kelulusan NPRA iaitu Pfizer-BioNtech, Astra Zeneca, Sinovac, CanSino dan Johnson & Johnson.

Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas

Berita ini pastinya sesuatu yang baik untuk seluruh Malaysia dalam usaha kita untuk mencapai imuniti berkelompok menentang pandemik COVID-19 ini.

Baca lagi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak
Next Article Malaysia Bakal Mendapat Sumbangan Vaksin AstraZeneca Daripada Jepun Mulai Julai Ini Malaysia Bakal Dapat Sumbangan Vaksin AstraZeneca Daripada Jepun Mulai Julai Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?