• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
15 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Harga siling ujian Covid-19 tersebut telah ditetapkan di bawah Ordinan Darurat 2021.

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak. Tahukah anda bahawa harga siling untuk membuat ujian RT-PCR Covid-19 telah ditetapkan di bawah Ordinan Darurat? Perkara ini telah diwartakan oleh kerajaan pada 11 Mei 2021. Walau bagaimanapun, harga siling ini tidak sama di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Harga siling ujian Covid-19 tersebut telah ditetapkan di bawah Ordinan Darurat 2021.
  • Berikut adalah harga yang telah ditetapkan bagi ujian Covid-19
  • Mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
  • Mengapa harga ujian Covid-19 di Sabah, Sarawak dan Labuan lebih mahal?
  • Lagi di sini:
Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak
Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak

Berikut adalah harga yang telah ditetapkan bagi ujian Covid-19

Ujian RT-PCR: RM150 (Semenanjung), RM 200 (Sabah, Sarawak dan Labuan.)

Ujian RTK-Antigen: RM60 (Semenanjung), RM80 (Sabah, Sarawak dan Labuan.)

Ujian RTK-Antibodi: RM50 (Semenanjung), RM70 (Sabah, Sarawak dan Labuan.)

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak

Mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021

Mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 di bawah tajuk ‘Permintaan Bagi Penggunaan Sumber (Seksyen 4)’, bayaran maksimum bagi ujian tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) adalah RM150 bagi Semenanjung Malaysia; rapid molecular yang membolehkan ujian diperoleh dengan pantas pula pada harga RM270, manakala RM200 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan; rapid molecular (RM350).

Dokumen sama turut menyenaraikan bayaran maksimum bagi kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) bagi Semenanjung Malaysia adalah RM60, manakala RM80 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bayaran maksimum bagi kit ujian pantas antibodi (RTK-Ab) pula berharga RM50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM70 bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dokumen itu menyatakan penggunaan sumber berkenaan bagi menangani jangkitan wabak penyakit berjangkit coronavirus COVID-19 dan berkuat kuasa 17 Mei lalu sehingga 1 Ogos depan atau apa-apa tempoh lain, seperti dimahsyurkan Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Ujian COVID-19, Namun Lebih Mahal Untuk Sabah Dan Sarawak

Mengapa harga ujian Covid-19 di Sabah, Sarawak dan Labuan lebih mahal?

Namun, mengapa harga ujian Covid-19 di Sabah, Sarawak dan Labuan lebih mahal? Ini kerana harga siling ujian rapid molecular ditetapkan sedemikian selepas mengambil kira pihak swasta perlu membeli mesin khas bagi membolehkan setiap sampel boleh diuji satu persatu berbanding secara kelompok.

Selain itu, harga yang tinggi yang dikenakan juga adalah kerana teknik itu perlu melalui proses menyeluruh selain melibatkan kos-kos sampingan.


Harga siling tersebut telah diwartakan dalam ordinan darurat bertarikh 11 Mei lalu, sebagai panduan kepada masyarakat, namun tiada harga siling diletakkan untuk perkara lain berkaitan seperti yuran konsultasi atau sanitasi dikenakan terhadap pesakit.

Mana-mana individu yang dikenakan harga ujian saringan COVID-19 yang melebihi harga siling yang ditetapkan boleh membuat aduan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching
Next Article Kerajaan Luluskan Vaksin Pfizer Untuk Golongan Berusia 12 Tahun Ke Atas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?