• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri

Oleh
Husna Hazmi
23 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Permintaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 telah diluluskan.

Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri. Dipetik daripada laporan BERNAMA, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permintaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 bagi kegunaan rakyatnya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Isi Isi Penting
  • Permintaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 telah diluluskan.
  • Kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 di Putrajaya
  • Golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun terima suntikan vaksin di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini
  • Kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar lakukan pendaftaran
Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri
Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri

Kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 di Putrajaya

Uggah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata bahawa kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin di Putrajaya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberikan tanggungjawab melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut.

“… jadi kita sekarang sedang berbincang dengan pihak dan badan berkaitan supaya kita boleh menyelesaikan pembelian vaksin yang akan digunakan sebagai simpanan sekiranya ada masalah pembekalan dari Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini.

Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri

Golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun terima suntikan vaksin di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini

Seramai 1,278 individu daripada golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun dijadualkan menerima suntikan vaksin di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini.

Pada 18 Mac lepas, dilaporkan bahawa Uggah berkata Sarawak telah menghantar surat kepada kerajaan persekutuan mengenai hasrat Sarawak untuk membeli sendiri vaksin COVID-19 bagi negeri ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran Program Imunisasi negeri Sarawak, Uggah berharap kerajaan persekutuan boleh menerima pendaftaran secara manual yang melibatkan penduduk di luar bandar.

Kerajaan Persekutuan Benarkan Sarawak Beli Vaksin Sendiri

Kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar lakukan pendaftaran

Katanya kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar untuk melakukan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera dan hanya boleh mendaftar melalui pejabat residen dan daerah.

“Kita juga ada meminta mereka yang berada di luar bandar untuk mendaftar menggunakan telefon milik pejabat daerah atau residen. Apabila mereka menerima janji temu untuk divaksin, maka pegawai di pejabat berkenaan akan menghubungi penerima itu,” katanya.

Seramai 929,435 individu disasarkan menerima vaksin bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sarawak yang bermula Isnin lepas.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Minta Izin Untuk Mengahwini Anak Perempuan Wanita Ini, Tapi Ditolak Kerana Dia Kerja Kilang Lelaki Ini Minta Izin Untuk Mengahwini Anak Perempuan Wanita Ini, Tapi Ditolak Kerana Dia Kerja Kilang
Next Article TERKINI: Kes Positif COVID-19 Di Sarawak Meningkat Kepada 717 Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?