Adakah anda pasti kerja offshore akan membawa duit lumayan sampai bila-bila?
Lelaki Ini Minta Izin Untuk Mengahwini Anak Perempuan Wanita Ini, Tapi Ditolak Kerana Dia Kerja Kilang. Setiap ibu bapa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ia adalah perkara biasa untuk mendengar ibu bapa anak perempuan yang lebih suka menantu mereka bekerja dengan pekerjaan yang stabil (definisi: ada gaji pada hujung bulan, tak semestinya kerja high-end).
Walaupun tidak salah untuk mengharapkan pendapatan yang stabil, ada yang melampau dengan menginginkan menantu mereka bekerja dalam bidang yang specific (contohnya, doktor, jurutera, offshore) kerana gaji yang lebih besar.
Bagi lelaki ini pula, niat beliau untuk mengahwini teman wanitanya/tunang terbatal apabila ibu perempuan itu tidak mengizinkan beliau hanya kerana beliau bekerja kilang. So sad!

“Apa kerja kau tok?” – Auntie
Sebuah laman Facebook berkongsi dua tangkap layar yang menggambarkan perbualan WhatsApp antara lelaki berkenaan dengan ibu gf/tunangnya (auntie).
Menerusi perbualan tersebut, lelaki itu meminta izin auntie untuk mengahwini anak perempuannya (Elena) pada bulan depan setelah menerima persetujuan daripada ibu lelaki itu.
Namun, auntie tersebut mempersoalkan pekerjaan lelaki itu. Setelah mengetahui bahawa lelaki tersebut merupakan pekerja kilang, auntie itu kemudian mengatakan bahawa pekerjaan lelaki terbabit tidak cukup besar untuk menanggung anaknya.

Auntie itu kemudian mengatakan bahawa dia telah membesarkan Elena dengan harapan bahawa anaknya itu akan berkahwin dengan orang bekerja offshore atau jurutera. Permohonan izin lelaki itu ditolak apabila auntie itu berkata gaji beliau tidak cukup besar untuk tanggung anaknya.
Kecewa dengan jawapan dan judgemental attitude auntie itu, lelaki itu mengakhiri perbualan mereka dengan mengatakan bahawa beliau akan membatal rancangan untuk berkahwin dengan Elena.
Lelaki itu kemudian memberi pendapat kepada auntie tersebut dengan menyatakan bahawa tak semestinya orang yang kaya boleh membawa kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan.

“Kenapa orang selalu berfikir kalau kerja offshore gaji besar?” – Netizen
Tinjauan pada ruangan komen mendapati bahawa ramai netizen mengecam auntie tersebut kerana menginginkan anaknya berkahwin dengan pekerja offshore.

“Kenapa orang selalu berfikir kalau kerja offshore gaji besar? Pelik. Kalau turun kerja, berjalan gaji. Kalau macam PKP pertama hari itu, mereka semua termasuk suami saya disuruh pulang. Kemudian bercuti 2 bulan. Kau rasa ada gaji kah masa itu? Tak ada mak cik oi. Sebab mereka bergaji hari. Tak tahu lah bagi mereka yang pangkat besar. Macam suami saya, orang biasa-biasa sahaja. Sudah dia pergi, macam ini lah sekarang. Sanggup kah anak perempuan kita tak berjumpa dengan suaminya selama PKPB ini. Jangan fikir nak suruh anak senang dengan kahwin dengan lelaki kerja offshore. Sebab dalam senang itu ada juga susah mak cik oi. Takut nanti suami anak perempuan kita turun ke laut, dia sekali juga turun ke laut juga.”

“Bukan nak kata apa, bersyukurlah selagi ada kerja halal. Nak dia kerja offshore atau onshore sama sahaja bagi saya. Asal kata kerja offshore, terus orang bersangka bahawa orang itu adalah kaya. Bagus kerja offshore, banyak duit. Gaji mula dari basic lah. Mana ada turun terus berjuta duit. Perlu proses… Asal kamu hendak sahaja, semua dapat jadi duit. Semua pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan. Kalau kerja offshore, ada kontrak. Kalau sudah habis kontrak, perlu tunggu untuk kontrak baru, itu pun kalau ada. Kalau tiada kemasukan, terpaksa lah guna gaji yang ada (pengalaman bapa saya sendiri. Sedih tengok dia dulu, lama tak turun kerja. Nasib ibu bapa saya pandai berjimat. Itu lah bapa saya lebih suka kerja kerajaan kerana ada ganjaran dan selebihnya). Kalau kerja kerajaan, orang kata gaji sikit tetapi gajinya tetap. Asal kamu rajin pergi kursus, rajin belajar untuk naikkan pangkat dan gaji. Dua-dua pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan, ya. Jangan menghina pekerjaan orang lain. Jangan SOMBONG. Sama juga kerja kilang. Jangan pandang rendah geng. Takut tiada kontrak kerja offshore nanti pandai-pandai pula kerja kilang, benda yang enggan diingini oleh kamu, auntie. Tiada salah jika ibu ini nak menantu yang kaya tetapi jangan merendahkan pekerjaan orang.”

“Biasa lah, mak bapa mana yang mahu anaknya hidup susah,” – Netizen
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa niat auntie itu betul tetapi cara penyampaiannya adalah salah.

“Cerita macam ini dah biasa kita dengar. Tapi saya tidak lah salahkan mak perempuan ini sepenuhnya. Biasa lah, mak bapa mana yang mahu anaknya hidup susah, mesti mahu yang terbaik, betul tak? Cuma dalam kes ini, saya rasa caranya cakap tidak berapa bagus. Entah lah, susah sebenarnya, kalau kita letakkan diri kita dalam tempat maknya, tak mustahil kita akan berpendapat yang sama. Betul, wang ringgit bukan segalanya, tapi segalanya sekarang adalah wang ringgit.”

“Cuba letak diri di tempat auntie bila kita ada anak perempuan nanti. Kalau saya, saya memang mahu lelaki yang sudah ada gaji tetap untuk menampung anak perempuan saya. Tak kisah lah kerja kilang, pekerjaan tidak salah, tapi biar lah dia sudah bertahun dengan satu pekerjaan. Tak nak lelaki yang 2-3 bulan kerja lepas tu berhenti, 2-3 bulan kerja baru berhenti lagi. Yang itu saya tidak mahu.”
Ketahui beza antara kerja stabil dengan kerja high class
Bagi ibu bapa di luar sana, anda memang mahu yang kebaikan untuk anak-anak anda. Tapi pandai-pandai lah pilih ayat yang sesuai, bukan mengguriskan hati, sekiranya pasangan anak anda tidak mencukupi syarat anda.
Untuk para lelaki, jangan terus fikir negatif jika pasangan anda menginginkan anda untuk bekerja stabil. Kerja untuk kestabilan dan kerja untuk kekayaan adalah dua perkara yang berbeza.
Ingat – Asal kerja halal, ia sudah mencukupi. Tak kisah pekerjaan apa, yang penting hujung bulan ada gaji. Ia lebih baik untuk terima gaji setiap bulan daripada mengharapkan gaji yang tak tentu.
Semoga lelaki ini tidak putus asa dan rasa down dengan pekerjaannya. Yang penting, buat kerja cara baik dan benda baik akan datang!