• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Persekutuan Beri Kuasa Sabah & Sarawak Laksana Sendiri Projek Bawah RM 50 Juta

Oleh
Husna Hazmi
4 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sabah & Sarawak diberi lampu hijau laksana sendiri projek bawah RM 50 Juta.

Kerajaan Persekutuan Beri Kuasa Sabah & Sarawak Laksana Sendiri Projek Bawah RM 50 Juta. Dilaporkan bahawa Kabinet Kerajaan Perpaduan telah bersetuju untuk menyerahkan kuasa berkaitan pelaksanaan projek tempatan di bawah kos RM 50 juta kepada negeri Sabah dan Sarawak.

Menurut Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu telah disetujui Kementerian Kewangan di mana Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Sabah boleh membuat sebarang keputusan tanpa perlu menghadapi terlalu banyak kekangan di peringkat persekutuan.

Kerajaan Persekutuan Beri Kuasa Sabah & Sarawak Laksana Sendiri Projek Bawah RM 50 Juta
Kerajaan Persekutuan Beri Kuasa Sabah & Sarawak Laksana Sendiri Projek Bawah RM 50 Juta

Mana-mana projek bawah RM 50 juta

Kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putarajaya, Kabinet Kerajaan dengan persetujuan Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa mana-mana projek di bawah RM 50 juta diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan dengan mematuhi beberapa peraturan kewangan.

Namun demikian, keputusan tersebut boleh dibuat di Kuching atau Kota Kinabalu tanpa perlu dilengahkan kerana terpaksa tunduk kepada peraturan-peraturan lama.

Dalam masa yang sama, Dato’ Seri Anwar memaklumkan, beliau akan mempengerusikan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta mengadakan perjumpaan bersama Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah selewatnya pada akhir bulan ini.

Perjumpaan tersebut juga berkemungkinan besar akan diadakan di Kuching, Sarawak.

Kerajaan Persekutuan Beri Kuasa Sabah & Sarawak Laksana Sendiri Projek Bawah RM 50 Juta

Dato Sri Fadillah Yusof akan terus mempengerusikan jawatankuasa kerja berkaitan MA63

Tambah beliau lagi, Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof akan terus mempengerusikan jawatankuasa kerja berkaitan MA63 bagi memastikan perkara-perkara yang masih tertangguh boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Hal ini termasuk pemberian peruntukan khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan yang pada mulanya diberikan sekitar RM25 juta dan RM16 juta masing-masing kepada Sabah dan Sarawak itu sepatutnya dikaji semula setiap lima tahun tetapi hal ini tidak berlaku.

Justeru, beliau akan memastikan terdapat peningkatan jumlah yang munasabah untuk diberikan menerusi peruntukan ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Padah Rogol Kanak-kanak Bawah Umur, Warga Emas 61 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Di KK
JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari
SUMBER :UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Kecoh Sampai Flight Kena Delay, Lelaki Sempat Rakam ‘Drama’ Ketika Dalam Penerbangan
Next Article Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?