• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari

Oleh
Nazihah AN
3 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari

Susulan isu pengguna jalan raya tersangkut di trafik yang teruk

JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari. Pihak JKR telah keluar kenyataan bahawa pihak kontraktor yang dilantik menyiapkan kerja naik taraf Lebuhraya Kuching-Samarahan bakal dilakukan pada waktu malam sahaja.

Susulan berkenaan isu pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya hampir 3 jam di kawasan bulatan Expressway, pihak JKR akhirnya mengeluarkan kenyataan dengan harapan ianya bakal mengurangkan kesesakan jalan.

JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari
JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari. Sumber gambar: Suara Sarawak

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak JKR

Pihak kontraktor yang sedang giat menyiapkan kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya Kuching/Samarahan telah diberikan tempoh selama 15 bulan dan dijadualkan siap pada Januari 2024 nanti.

Pada masa ini, projek tersebut telah mendahului jadual dengan penyiapan telah mencapai 48% pada Disember 2022. Dengan kemajuan yang baik ini, projek lampu isyarat ini dijangka siap menjelang November 2023.

JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari
Sumber: FB Jabatan Kerja Raya Sarawak

Memandangkan isu kesesakan lalu lintas di 5 bulatan di sepanjang Lebuhraya Kuching/Samarahan, aktiviti pembinaan kini telah mencapai fasa kritikal meletakkan pangkalan bawah/pengkalan jalan di bulatan no. 4 (Samajaya). Disebabkan permukaan yang kasar, kelancaran aliran trafik terjejas teruk.”

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak, JKR Sarawak telah mengarahkan kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pracampuran pada waktu malam. Peletakan premix di bulatan no. 4 (Samajaya) dijangka siap pada 6 Januari 2023 (Jumaat). Selepas itu, kesesakan lalu lintas dijangka bertambah baik.”

JKR Keluar Notis Proses Menurap Jalan Di Bulatan Expressway Samarahan Hanya Dilakukan Di Malam Hari

Pihak JKR tampil mohon maaf atas kesulitan yang dialami

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh pembinaan ini, JK Sarawak terus menambah baik pengurusan trafik. Oleh itu, pihaknya tampil memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan trafik, arahan dan papan tanda di sepanjang tapak pembinaan.

Lagi artikel semasa yang anda boleh baca pautan di bawah:

3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan
Kitar Semula Barangan Elektronik Terpakai Di Senheng Dan SenQ Dapat Baucar, Ini Caranya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan 3 Jam Tersangkut, Netizen Desak Projek Lampu Isyarat Jalan Kuching-Samarahan Disegerakan
Next Article Merupakan Pantang Larang, Inilah Sebabnya Orang Tempatan Sarawak Tidak Memakan Daging Buaya Merupakan Pantang Larang, Inilah Sebabnya Orang Tempatan Sarawak Tidak Memakan Daging Buaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?