• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030

Oleh
Nazihah AN
29 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Aspirasi 2023: Kerajaan Tawar Pendidikan Percuma Untuk Semua Pelajar Sarawak - Abang Jo

“Ini adalah aspirasi saya menjelang tahun 2030” – Abang Jo

Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg berkata beliau menyasarkan semua pelajar Sarawak mendapat pendidikan percuma sehingga peringkat pengajian tinggi menjelang 2030 nanti.

Menerusi laman berita tempatan, beliau berkata bahawa hal ini dapat dilakukan sekiranya bajet negeri diuruskan dengan baik dan hasil bertambah.

Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030
Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030. Sumber: Malay Mail

Beliau akan kemukakan cadangan semasa mesyuarat DUN November

Ini (tawaran pendidikan percuma) adalah aspirasi saya menjelang tahun 2030,” katanya pada sesi dewan perbandaran bersama penjawat awam negeri di sini.

Beliau berkata wang untuk menyediakan pendidikan percuma akan dijana menggunakan dana kekayaan negara, katanya akan dicadangkan semasa mesyuarat DUN pada bulan November nanti.

Kami akan menguruskan hasil kami secara berhemat dan apa yang kami akan simpan untuk masa depan,” tambah beliau

Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030
Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030. Gambar sekadar hiasan.

30 peratus daripada hasil tahunan adalah untuk ekuiti dan selebihnya disimpan

Tambah beliau juga, ia akan berdasarkan formula yang digunakan oleh Norway – 30 peratus daripada hasil tahunan adalah untuk ekuiti dan selebihnya disimpan – itu boleh menjana pendapatan lebih.

Premier Sarawak berkata pelajar yang belajar di lima institusi pengajian tinggi berkaitan negeri boleh mengikuti kursus ijazah yang dipohon kerana kemasukan universiti mereka tidak tertakluk kepada kelulusan Unit Kemasukan Universiti Pusat (UPU).

Hal ini termasuk Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak di Miri; Universiti Teknologi Swinburne, kampus Sarawak di Kuching; Universiti Teknologi Sarawak di Sibu; dan Pusat Pasca Siswazah di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak di Kuching.

Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030
Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030

Kursus mengenai tanah hak adat asli (NCR) dan Perjanjian Malaysia 1963

Selain itu, Abang Johari turut berkata Universiti Swinburne telah bersetuju untuk menubuhkan fakulti undang-undang yang akan menawarkan kursus mengenai tanah hak adat asli (NCR) dan Perjanjian Malaysia 1963.

Jelas beliau juga, senat universiti di Australia telah bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri supaya universiti itu menubuhkan fakulti undang-undang.

Tawaran kursus mengenai tanah NCR dan MA63 akan menjadi yang pertama oleh mana-mana universiti di Malaysia. Kita mahu melihat kajian ke atas tanah NCR dilakukan secara profesional, bukan retorik. Kita mahu tahu bagaimana tanah NCR itu wujud,” katanya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Dedah Diseksa Penipuan Kerja Di Kemboja, Mangsa Selamat Kembali Ke Sabah
‘Bodek’ Anak Bawah Umur Lakukan Seks, Bapa Direman 5 Hari Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi ‘Flavor Enhancer’ Dalam Sajian
Next Article Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers Crispy Chicken Kini Dibuka Di KIA

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?