• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi ‘Flavor Enhancer’ Dalam Sajian

Oleh
Husna Hazmi
29 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Di Sabah pula, Tepus digelar sebagai Tuhau.

Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi ‘Flavor Enhancer’ Dalam Sajian. Selain daripada garam, gula, paprika, lada sulah dan ajinamoto, Tepus juga boleh dijadikan penambah rasa dalam beberapa jenis sajian tertentu agar masakan menjadi lebih enak dan beraroma.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, tepus adalah sejenis herba beraroma dan berasal dari Kelurga Zingiberaceae sama seperti halia.

Sayur pucuk tepus ini terkenal dikalangan masyarakat tempatan kerana aromanya yang wangi dan unik sebagai penambah kelazatan makanan. Dalam kalangan kaum Iban ia dikenali sebagai Kechalak, dan di Sabah pula sinonim dengan nama Tuhau.

Tepus atau Tuhau ini sangat digemari di Sabah dan Sarawak dan senang didapati di pasaran. Di Semenanjung, Tepus ini juga boleh didapati namun kurang mendapat sambutan kecuali di sebelah utara di Negeri Kedah dan utara Perak.

Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi 'Flavor Enhancer' Dalam Sajian
Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi ‘Flavor Enhancer’ Dalam Sajian

Boleh mengeluarkan bunga berwarna merah terang

Pokok tepus matang boleh mengeluarkan bunga berwarna merah terang atau merah jambu seperti bunga kantan. Pokok ini mudah untuk dikenali kerana ciri-ciri unik yang dimilikinya, seperti bau serangga kesing kuat atau bau seperti ketumbar jawa. Baunya yang unik ini mungkin menyebabkan sesetengah orang tidak gemar dan tidak boleh memakannya.

Kawasan hutan bertanah subur menjadi kondisi sesuai untuk menemukan pokok tepus yang tumbuh meliar ini. Namun begitu, tepus ini juga boleh ditanam di kawasan rumah atau pasu dan penjagaannya juga amat mudah. Cara penanamannya adalah ringkas iaitu dengan mengambil rizom yang mempunyai mata tunas untuk ditanam di dalam tanah, menyiram, dan membajanya dengan baik. Apabila sudah tumbuh dan berkembang, ia akan mengeluarkan anak yang boleh dituai, seperti penanaman halia juga.

Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi 'Flavor Enhancer' Dalam Sajian

Bahan utama dalam pansuh

Di Sarawak, pucuk tepus ini adalah antara bahan utama yang menjadikan menu tradisi masyarakat Iban iaitu pansuh yang beraroma dan istimewa. Jika anda pernah memakan apa-apa jenis pansuh, pasti anda perasan betapa wangi sehingga memenuhi ruang dan menyelerakan bau hidangan tersebut.

Selain daripada pansuh, pucuk tepus juga boleh ditumis bersama ikan bilis, bawang besar dan bunga kantan untuk dijadikan salah satu side dishes. Ini bukan side dishes yang biasa-biasa tau, kerana ia boleh menjadi pembuka selera jika dimakan dengan nasi putih yang panas. Sedar tak sedar, anda mungkin bertambah tambah nasi putih anda!

Jika anda mencabut perdu pokok ini dan membuang bahagian kulit luar yang berwarna hijau, anda boleh mendapatkan umbutnya yang berwarna putih. Umbut tepus ini dibersihkan dan enak disajikan sebagai ulam.

Penuh Aroma Dan Rasa Unik, Pucuk Tepus Di Sarawak Jadi 'Flavor Enhancer' Dalam Sajian
Jeruk Tuhau. Kredit foto: FB Sabah In KL

Jeruk Tuhau dibuat secara tradisional

Bagi masyarakat Sabah terutama sekali suku Kadazan dan Dusun, Tuhau ini secara tradisionalnya dijadikan jeruk. Jeruk Tuhau ini biasanya dinikmati dengan nasi putih sebagai pembuka selera atau bersama ikan bakar dan ikan masin. Rasa jeruk tuhau ini adalah sangat masam sehingga membuatkan anda mengenyitkan mata dan juga pedas.

Tepus juga dipercayai mengandungi khasiat, kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk kesihatan. Dalam rawatan tradisional, tepus boleh merawat sakit perut, keracunan dan gastrik. Pucuk tepus muda juga boleh digunakan untuk merawat luka dengan cara merendamnya di dalam air. Antara potensi kesihatan pokok tepus ialah, daunnya yang mengandungi antioksidan, Vitamin B1 dan antibakteria yang mencegah penyakit kulit.

Lagi info menarik untuk anda mengenai makanan unik di Sarawak:

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
Tumbuh Secara Semulajadi, Ketahui Sayur Midin Makanan Hak Milik Mutlak Sarawak
SUMBER :Anim Agro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih
Next Article Aspirasi 2023: Kerajaan Tawar Pendidikan Percuma Untuk Semua Pelajar Sarawak - Abang Jo Kerajaan Sarawak Rancang Tawar Pendidikan Percuma Menjelang 2030

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?