• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini

Oleh
Aina Musa
10 Oktober 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini

Diskaun hingga 25 peratus

Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini. Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif diskaun bil elektrik bulanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sehingga 31 Disember tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata di bawah inisiatif itu, diskaun bil elektrik bulanan sehingga 25 peratus bagi pengguna domestik, 15 peratus bagi peniaga kecil komersial dan 10 peratus untuk peniaga kecil industri.

Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini
Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini. Kredit: Utusan Borneo

Beliau berkata, insiatif itu mula diberikan pada 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 dan akan memberi manfaat kepada 700,000 pengguna di seluruh Sarawak.

“Diskaun ini melibatkan perbelanjaan dianggarkan bernilai RM123 juta untuk pengguna domestik dan RM80.7 juta bagi peniaga kecil (bagi 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023).

“Jumlah keseluruhan diskaun dari 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 dijangka sebanyak RM203.7 juta. Semua ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Julaihi berkata penyelarasan dan pengiraan bil sewajarnya akan dilakukan oleh petugas khas Sarawak Energy Berhad bagi membolehkan pelanggan menerima diskaun bermula Julai tahun ini.

Menjelas lanjut beliau berkata bagi pengguna domestik, penggunaan elektrik bulan Julai hingga Oktober 2023, diskaun akan dimasukkan ke dalam bil Disember 2023.

Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini

Manakala bagi penggunaan elektrik bulan November dan Disember 2023, diskaun akan dimasukkan masing-masing dalam bil November dan Disember 2023 dan Januari 2024, tambahnya.

Di samping itu katanya, peniaga kecil seperti bengkel, kopitiam, rumah kedai, restoran dan gerai penjaja boleh memohon diskaun bil bulanan dengan mengemukakan permohohan kepada Sarawak Energy Berhad sehingga 31 Disember 2023.

“Kelayakan diskaun bergantung kepada penggunaan elektrik iaitu tidak melebihi 30,000 kWj (kilowatt perjam) bagi tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 dan terhad kepada pengguna kategori tarif C1 (perniagaan komersial biasa) dan I1 (industri biasa).

“Maksudnya, 5,000kWJ setiap bulan secara purata. Kita meletakkan had 30,000kWj untuk jangka masa enam bulan,” jelasnya.

Julaihi berkata sejak inisiatif diskaun bil elektrik diperkenalkan di bawah pakej BKSS pada 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2023, kerajaan telah membelanjakan sekitar RM1.15 bilion.

“BKSS ini akan berakhir pada 31 Disember 2023 memandangkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) telah berakhir berikutan wabak COVID-19 kini telah berada dalam fasa endemik dan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia berada dalam fasa pemulihan.

“Oleh itu pelanggan yang menerima bil elektrik berdasarkan anggaran, digalakkan menghubungi Sarawak Energy untuk membuat penyelarasan bil agar dapat menikmati nilai diskaun sepatutnya,” katanya.

Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini

Beliau menambah, pelanggan perlu menyediakan dokumen sokongan seperti gambar bil anggaran dan bacaan meter sebenar.

Permohonan katanya boleh dilakukan melalui fungsi ‘Make a Report’ di SEB Cares, melalui panggilan telefon kepada Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di 1300-88-3111, e-mel kepada [email protected] atau datang terus ke Kaunter Khidmat Pelanggan Sarawak Energy.

Menurutnya Sarawak Energy akan melakukan penyelarasan bil agar diskaun diberikan berdasarkan penggunaan elektrik sebenar setelah menerima permohonan pelanggan.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Jafri Lias, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak Lester Matthew dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad (SESCO) Lau Kim Swee.

Baca lagi artikel menarik:

Individu Kongsi 3 Tips Mudah Turunkan Bil Elektrik Hingga 50%
Elak Bil Elektrik Naik, Wanita Ini Kongsi Tips Jimat Bil Elektrik Di Rumah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kaki Vape Alami Cirit Birit Dan Nafas Pendek, Kenali 9 Simptom Penyakit Evali Sebelum Terlambat
Next Article Kerajaan Setuju Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?