• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Setuju Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera

Oleh
Farisha
10 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

PLKN 3.0 akan dilaksanakan semula dengan kaedah yang berbeza

Kerajaan Setuju Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditamatkan pada 2018 akan dilaksanakan semula, selepas kerajaan bersetuju meneruskan ‘PLKN 3.0’ dengan kaedah latihan baharu berbanding sebelum ini, di mana golongan muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, dengan kapasitinya menampung seramai 20,000 pelatih.

Kerajaan Setuju Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera
Gambar hiasan. Sumber: anaksungaiderhaka

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

Tidak berbelanja banyak, tapi pulangan yang baik

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template‘ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

Kerajaan Setuju Teruskan PLKN 3.0, Pelatih Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera
Gambar hiasan. Sumber: fmt

“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Khidmat jurulatih perlu ditambah juga

Dalam pada itu, menurut sumber, beliau turut mengatakan bahawa penambahan khidmat jurulatih dalam kalangan veteran tentera juga dialu-alukan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

‘Kafe Tutup Pun Budak Uni Nangis,’ Cadangan Lelaki Ini Untuk Kembalikan PLKN Diterima Hebat Netizen
Dulu Jadi Kem PLKN, Kini Dibuka Jadi Tempat Homestay Menarik Di Putra Sentosa Sematan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini Kerajaan Sarawak Setuju Lanjutkan Diskaun Bil Elektrik Bulanan Hingga Disember Ini
Next Article 'Tak Sangka Orang Sarawak Macam Ni' Azfar Heri Teruja Dengan Layanan Warga Kuching ‘Tak Sangka Orang Sarawak Macam Ni’ Azfar Heri Teruja Dengan Layanan Warga Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?