I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini

Oleh Husna Hazmi 2 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) adalah dikawal.

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini. Dipetik daripada laporan Astro Awani, kerajaan Malaysia kini telah menetapkan harga borong dan runcit maksimum Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19 masing-masing dikawal pada RM16.00 dan RM19.90.

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini
Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini. Gambar sekadar hiasan

Harga siling itu akan berkuat kuasa pada 5 September

Harga siling itu akan berkuat kuasa pada 5 September ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula, penentuan harga tersebut dibuat berdasarkan kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan yang lebih berkesan. Hal ini adalah bagi memastikan harga yang berpatutan dan keberadaan bekalan di pasaran bagi manfaat pengguna dan juga peniaga.

“Penentuan harga dibuat berdasarkan maklumat harga daripada pemantauan harga di semua premis dan farmasi di seluruh negara.

“Begitu juga, maklum balas dari agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan perbincangan dengan pengilang, pengimport, peruncit dan persatuan farmasi barangan tersebut,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini

Permintaan terhadap kit ujian kendiri tersebut dijangka meningkat

Beliau berkata bahawa, permintaan terhadap kit ujian kendiri tersebut dijangka meningkat susulan kesedaran orang ramai membuat ujian sendiri bagi memastikan diri bebas dari wabak COVID-19.

“KPDNHEP juga menjangkakan kesan persaingan akan menstabilkan lagi harga jualan di semua peringkat seperti mana berlaku kepada harga pelitup muka sekarang,” tambah beliau.

Beliau juga turut berkata, RTK Antigen yang akan dikawal harga merupakan peranti yang dilulus secara bersyarat oleh MDA KKM bagi pengesanan COVID-19, menggunakan sampel bendalir mulut atau swab hidung.

Alexander berkata, kerajaan prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat ketika ini dan menyokong usaha ke arah menangani wabak COVID-19.

We have set the ceiling price for COVID rapid test kits at RM19.90 for retail and RM16 for wholesale. We will also be exploring bulk purchase options to drive the price down further & also look at providing free kits for B40 families. @KKMPutrajaya @kpdnhep

— Khairy Jamaluddin πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ (@Khairykj) September 2, 2021

Tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan

Beliau turut memberi amaran, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Kementerian telah menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan berkaitan isu harga.

“Kementerian turut mewujudkan Skuad Tindakan Aduan Rakyat (STAR) dalam usaha untuk menangani aduan rakyat dengan lebih berkesan,” tambah beliau.

Di samping itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga telah memaklumkan mengenai harga siling RTK Antigen melalui akaun Twitter beliau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia
Next Article Wilayah Pertama Masuk Fasa 4, Tempoh Kuarantin Di Labuan Dipendekkan Kepada Lima Hari

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?