• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia

Oleh
ILB - AI
2 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia

Syabas, Chew Wei Lun atas kemenangan anda!

Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia. Semalam, Malaysia meraih pingat perak kedua hasil Chew Wei Lun untuk acara boccia.

Isi Isi Penting
  • Syabas, Chew Wei Lun atas kemenangan anda!
  • Bermula dari kosong
  • Dilatih oleh jurulatih Aiman Hafizi, beliau telah bertanding sejak 2017
  • Persaingan yang sengit pada peringkat akhir

Ramai rakyat Malaysia menyaksikan atlet Malaysia itu berhadapan dengan pemain nombor 1 Boccia dunia, David Smith dari Britain – memenangi pusingan pertama dan pada satu ketika mendapat keputusan seri.

It was a close race, tetapi David Smith mendapat kemenangan. Walaupun begitu, untuk menghadapi pemain nombor satu dunia di Paralimpik pertama anda bukanlah perkara yang mudah dan untuk itu kami berterima kasih atas pencapaian Chew Wei Lun!

Kenali Chew Wei Lun, Atlet Paralimpik Boccia Yang Telah Meraihkan Pingat Perak Untuk Malaysia

Bermula dari kosong

Chew Wei Lun dilahirkan pada 26 Ogos 1995 di Johor. Masa kecilnya sukar; ibunya meninggalkannya pada usia 4 tahun dan beliau dijaga oleh datuknya. Namun, beliau dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak kurang upaya pada usia 9 tahun.

Menurutnya,

“Selama saya ingat, saya harus berdikari. Ibu saya meninggalkan saya ketika saya berusia empat tahun jadi datuk saya menjaga saya. Pada usia sembilan tahun, saya dihantar ke rumah untuk orang dengan kekurangan. Membesar dalam persekitaran sukar ini di mana saya harus bergantung pada diri sendiri tidak mudah. ​​Ia telah mengajar saya banyak perkara tetapi hari ini, saya dapat mengurus diri sendiri. Tetapi sepanjang segalanya, saya selalu suka bermain boccia.”

Gurunya memperkenalkannya kepada sukan ini oleh seorang guru di sekolah, dan beliau secara rasmi mula bermain boccia pada usia 19 tahun.

Walaupun menjalani masa kecil yang sukar, Wei Lun bertabah dan tanpa mengharapkan harapan, inilah beliau – memenangi pingat perak di Paralimpik pertamanya!

Chew Wei Lun beraksi. Kredit: Bifost to Travel

Dilatih oleh jurulatih Aiman Hafizi, beliau telah bertanding sejak 2017

Kemenangan pertamanya dalam acara sukan formal untuk boccia adalah di Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017, memenangi pingat gangsa.

2019 adalah tahun yang sibuk baginya; beliau telah menyertai Guangzhou Boccia Regional Open untuk pasukan beregu Bc1 / Bc2 dan memenangi pingat gangsa. Beliau juga telah menyertai Perak Bisfed untuk pasukan beregu Bc1 serta Bisfed Hong Kong Boccia World Open. Beliau memenangi satu lagi pingat gangsa di FAZZA Bisfed Dubai Boccia Regional Open pada tahun yang sama.

Paralimpik tahun ini merupakan kali pertama Chew Wei Lun membuat penampilannya dan penyertaan beliau juga merupakan kali pertama dalam sejarah Sukan Paralimpik Malaysia mempunyai wakil dalam sukan ini. Pemain nombor 11 dunia itu telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa apabila beliau melalui pusingan suku akhir dan separuh akhir dengan mudah.

Wei Lun, yang juga merupakan lelaki kelima terbaik di Asia, telah dilihat mengatasi beberapa atlet boccia lain seperti Andrez Vitoria de Oliveira dari Brazil serta Witsanu Huadpradit dari Thailand, masing-masing atlet yang berkaliber.

Witsanu Huadpradit dari Thailand merupakan pemenang pingat emas untuk pasukan beregu BC1 dan BC2 boccia untuk Paralimpik London 2012. Kredit: Twitter

Menurutnya menerusi stadium astro, beliau berasa tercabar kerana beliau jarang berjumpa pencabar dari Eropah dan Amerika Syarikat kerana beliau hanya jumpa atlet Asia sahaja sepanjang kelayakan.

Jurulatihnya berkata,

“Chew Wei Lun agak unik sebab dia tidak memikirkan tentang soal lawannya. Dia hanya memikirkan (prestasi) dirinya sendiri. Saya memberikan motivasi sambik tidak memberinya tekanan.”

Persaingan yang sengit pada peringkat akhir

Despite all odds, Chew Wei Lun akhirnya berdepan dengan pemain nombor 1 dunia, David Smith dari Britain, di peringkat akhir.

Memenangi pusingan pertama, nampaknya ada harapan untuk atlet Malaysia ini. Namun, David Smith akhirnya mengambil upper hand dan memenangi pingat emas.

Meskipun begitu, mengingat semua faktor yang telah dilalui Chew Wei Lun, beliau memenangi pingat perak memang sama hebatnya!

Dari membesar dalam keadaan yang menyukarkan, penampilan pertamanya di Paralimpik edisi 2020 dan akhirnya berjaya meraih pingat perak setelah berdepan dengan pemain nombor 1 boccia dunia serta menjadi atlet Paralimpik Malaysia pertama memenangi pingat untuk sukan boccia, Chew Wei Lun has indeed defied all odds.

Chew Wei Lun terus memberi inspirasi kepada ramai warga Malaysia. Kredit: Malay Mail

Syabas, Chew Wei Lun, atas kejayaan anda. Semoga anda terus membawa kejayaan kepada diri sendiri, pasukan anda dan Malaysia serta tetap memberi inspirasi kepada orang ramai!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan
Next Article Kerajaan Tetapkan Harga Siling Kit Ujian Pantas Antigen, Berkuatkuasa 5 September Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?