I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 04/06/20 4:23 PM
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Kes Kuarantin Pertama Didakwa Di Sarawak.

Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Inilah nasib yang menimpa seorang lelaki di Sibu yang ingkar perintah kuarantin wajib. Dalam perkembangan terbaharu, lelaki yang sebelum ini pernah tular melanggar perintah kuarantin wajib didenda sebanyak RM 5K di Mahkamah Majistret Sibu.

Lelaki yang berusia 27 tahun itu didakwa atas kesalahan melanggar perintah kuarantin wajib apabila sengaja memuat naik gambar beliau menikmati semangkuk mi kampua di sebuah kedai makan di Sibu Jaya.

Beliau turut dikenakan hukuman penjara selama 5 bulan setelah mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Ini merupakan kes ingkar kuarantin pertama yang didakwa di Sarawak.

Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K
Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K

Bangga Buka Gelang Sebelum Tiba Masanya

Menerusi pertuduhan yang dibacakan, beliau melakukan kesalahan tersebut pada 25 Mei 2020 pada jam 9.30 pagi di sebuah kedai kopi di Sibu Jaya. Beliau turut memuat naik semangkuk mi kampua yang kemudiannya menjadi tular.

Bukan itu sahaja, lelaki ini turut bertindak membuka awal gelang tangan kuarantin yang sepatutnya ditanggalkan setelah tamat tempoh kuarantin. Perbuatan tersebut juga dinyatakan pada ruangan komen kirimannya yang tular.

Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut yang tidak diwakili oleh peguam merayu untuk dikurangkan hukuman. Beliau mengaku telah menyesali perbuatan tersebut dan mempunyai adik beradik, seorang anak serta ibu bapa yang perlu disara.

Hakim Mahkamah Majistret Sibu, Muhammad Faizal Che Saad kemudian bertanya adakah beliau memahami perintah kuarantin ‘Stay Home Notice’ setelah beliau kembali dari Kuala Lumpur ke Sibu. Lelaki yang bekerja sebagai penyelia tapak itu mengaku bertanggungjawab atas perbuatan tersebut. Hakim tersebut memberitahu bahawa perbuatan tersebut bukan hanya menjejaskan lelaki itu sendiri tetapi juga masyarakat lain di sekitar beliau.

Pegawai pendakwa raya, Wilfred John Mujang pula memberitahu bahawa lelaki tersebut harus dijatuhkan hukuman yang setimpal kerana melanggar arahan pemerhatian kontak yang dikeluarkan. Tambahan pula, beliau diklasifikasikan sebagai Person Under Investigation (PUI) COVID-19.

Bukan itu sahaja, perbuatan tersebut juga dikatakan mengkhianati barisan petugas hadapan yang telah bertungkus lumus bekerja untuk menghentikan penyebaran wabak COVID-19.

Kerana Semangkuk Mi Kampua, Lelaki Ingkar Kuarantin Wajib Akhirnya Didenda RM 5K

Walaupun mereka tidak menyangka hakim akan mengenakan denda sebanyak itu, namun ia adalah satu pengajaran untuk orang ramai untuk tidak melanggar perintah secara sembarangan.

Tambahnya lagi, jika denda yang dikenakan hanya pada kadar RM1K, orang ramai mungkin akan memandang enteng kerana jumlah denda yang tidak begitu tinggi.

Baca kisah selanjutnya tentang lelaki mi kampua di sini :

Nur Afifah 4 Jun 2020
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peragut Kembali Lagi, Selamba Rampas Telefon Sambil Acu Pisau Peragut Kembali Lagi, Selamba Rampas Telefon Sambil Acu Pisau Di Kuching
Next Article Sarawak Benar Operasi Kedai Gunting Rambut Dan Salun Mulai 9 Jun Sarawak Benar Operasi Kedai Gunting Rambut Dan Salun Mulai 9 Jun

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Berita Dunia

Turki Secara Rasmi Kini Dikenali Sebagai Turkiye

5 Jun 2022
Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya
Berita Dunia

Hanya Tahu Memasak Mee Maggi Sahaja, Lelaki Ini Menceraikan Isterinya

3 Jun 2022
Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021
Berita Dunia

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

2 Jun 2022
Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran
Berita Dunia

Dikhuatir Tercemar Dengan Salmonella, Mentega Kacang Jenama Jif Ditarik Balik Dari Pasaran

30 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?