• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan

Oleh
Farisha
11 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Langkah Berjaga-jaga Menghadapi PSP: Nasihat dari Pengarah Jabatan Perikanan Sabah

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan. Pengarah Jabatan Perikanan di Sabah, Azhar Kassim, telah memberikan amaran terhadap penemuan racun Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) di perairan Teluk Likas.

Menurut laporan, racun tersebut telah melebihi paras bahaya, menjadikan kerang-kerangan di kawasan itu berbahaya dan berisiko kepada kesihatan jika dimakan.

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan
Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan. Sumber: sabahgazette

Dinasihatkan agar orang awam tidak mengutip dan memakan kerang-kerangan

Azhar menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil atau makan kerang-kerangan dari perairan Teluk Likas sebagai langkah pencegahan. Jabatan Perikanan Sabah akan terus memantau situasi pencemaran PSP di kawasan tersebut.

Difahamkan, racun PSP dihasilkan oleh jenis alga atau plankton yang biasa berkembang di perairan pantai barat Sabah, termasuk Teluk Likas, terutamanya pada musim panas.

Pembiakan alga tersebut dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan air laut menjadi kemerahan, yang juga dikenali sebagai fenomena air pasang merah, dan bersifat toksik.

Selain di Teluk Likas, PSP juga kerap dikesan di Tuaran dan Tasik Sitompok, Kuala Penyu. Kerang-kerangan dijangka tercemar oleh PSP semasa fenomena air merah, tetapi ikan masih boleh dimakan dengan syarat insangnya dibuang.

Hubungi talian di bawah jika mempunyai sebarang pertanyaan

Dalam pada itu, jika orang ramai ada sebarang pertanyaan mengenai isu kerang beracun di Teluk Likas, orang ramai boleh menghubungi pegawai di Kompleks Perikanan Likas melalui talian 088-425890 dan 013-8668440, atau Penguasa Perikanan Daerah Kinabalu di talian 019-8620401.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan Sabah:

Meneroka Keajaiban Blue Ring Reef, Terumbu Karang Berbentuk Cincin Di Sabah
Kisah Dua Matahari, Cerita Rakyat Sabah Tentang Dendam Seorang Suami
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Next Article Bakeri Lejen Di Sarawak Taka Patisserie, Bakal Buka Cawangan Pertama Di Semenanjung Bakeri Lejen Di Sarawak Taka Patisserie, Bakal Buka Cawangan Pertama Di Semenanjung

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?