Berita baik buat peminat Taka di Semenanjung!
Bakeri Lejen Di Sarawak Taka Patisserie, Bakal Buka Cawangan Pertama Di Semenanjung. Penduduk Kuching pasti mengenali Taka, sebuah jenama kedai roti tempatan dari Sarawak. Menariknya, kedai roti ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun dan cawangan mereka sudah pun berkembang merata sekitar Kuching.
Baru-baru ini, mereka telah pun meluaskan cawangan mereka di Miri dan bakeri tersebut merupakan satu-satunya cawangan di luar Kuching.
Namun ada satu lagi berita baik buat peminat pastri dari Taka Patisserie yang berada di Semenanjung.
Menerusi satu hantaran mereka di Facebook, pihak Taka bakal membuka cawangan pertama mereka di Semenanjung.
Antara lokasi pilihan mereka adalah di Setapak, Kuala Lumpur dan SS15, Selangor.
Haaa buat yang dah teringin lama butter cheese cake mereka bolehlah singgah ke salah satu cawangan tersebut!
Namun, tarikh pembukaan rasmi kedua-dua cawangan tersebut masih belum diumumkan oleh pihak Taka.
Oleh itu, ikuti laman rasmi Facebook mereka di sini untuk mengetahui segala info berkaitan tarikh pembukaan cawangan tersebut.
