• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerap Ponteng Dalam Sesi Dewan Rakyat, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen

Oleh
Nazihah AN
10 November 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Nilai Sendiri, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen Dalam Sesi Dewan Rakyat

Yang paling last tu adalah MP dari Sarawak rupanya..😌

Kerap Ponteng Dalam Sesi Dewan Rakyat, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen. Analisis ke atas rekod kedatangan Dewan Rakyat dalam sidang menunjukkan ada beberapa ahli parlimen kanan terdedah kepada sikap culas.

Memandangkan tidak lama lagi rakyat Malaysia bakal memilih wakil mereka yang akan bersuara di dalam Dewan Rakyat, di sini kami menyenaraikan Ahli Parlimen yang dilabel sebagai ‘ponteng’ dan juga rajin dalam menghadiri sesi persidangan sepanjang tahun ini.

Kerap Ponteng Dalam Sesi Dewan Rakyat, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen
Kerap Ponteng Dalam Sesi Dewan Rakyat, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen. Kredit gambar: BHarian

Ada 30 ahli parlimen yang mempunyai rekod kurang dari setengah kehadiran

Portal media tempatan ini telah mengeluarkan statistik ini ke atas rekod kedatangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Kehadiran penuh buat persidangan ini ialah 71. Berikut adalah senarai 30 ahli parlimen yang kerap ‘ponteng’ dalam sidang Dewan Rakyat:

Kredit gambar: gemilangdaily.com

Senarai ini adalah data yang telah dikutip oleh pihak media tempatan dan juga pihak MyMp. Kehadiran telah diambil dari 26 Julai 2021 sehingga 24 Mac 2022 (71 hari bersidang).

Berdasarkan senarai tersebut, antara rekod yang paling teruk dengan menandakan hanya 11 daripada 71 kehadiran yang diambil adalah dari MP (Member of Parliament) dari Miri (Sarawak). Diikuti dengan Kepala Batas (Penang) dan juga Sri Aman (Sarawak) dicatat pada 14 dan 17 kehadiran.

  1. Ali anak Biju (Bersatu- Saratok) – kehadiran 29/71
  2. Tiong King Sing (PDP- Bintulu) – kehadiran 26/71
  3. Mesir anak Kujat (PSB- Sri Aman) – kehadiran 17/71
  4. Michael Teo Yu Keng (PKR- Miri) – kehadiran 13/71

Walau bagaimanapun, berikut merupakan senarai Ahli Parlimen (blok pembangkang) yang mencatatkan kehadiran sempurna iaitu:

*rekod ini telah dianalisis oleh Zainuddin Omar melalui laman Facebook rasminya.*

  1. Nor Azrina Surip (PKR – Merbok)
  2. Wong Chen (PKR – Subang)
  3. Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran)
  4. Wong Hon Wai (DAP – Bukit Bendera)
  5. Wong Kah Woh (DAP – Ipoh Timur)
  6. Thomas Su Keong Siong (DAP – Kampar)
  7. Nga Kor Ming (DAP – Teluk Intan)
  8. Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP – Segambut)
  9. Fong Kui Lun (DAP – Bukit Bintang)
  10. Anthony Loke Siew Fook (DAP – Seremban)
  11. Alice Lau Kiong Yieng (DAP – Lanang)
  12. Mohd Anuar Mohd Tahir (Amanah – Temerloh)
  13. Khalid Abdul Samad (Amanah – Shah Alam)
  14. Hasan Bahrom (Amanah – Tampin)

Senarai Ahli Parlimen (blok kerajaan) yang mencatatkan kehadiran sempurna pula ialah:

  1. Zakaria Mohd Edris (Bersatu – Libaran)
  2. Mohd Salim Mohd Shariff (UMNO – Jempol)
  3. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS – Sik)
  4. Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat)
Kerap Ponteng Dalam Sesi Dewan Rakyat, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen
Kerap Ponteng Dalam Sesi Dewan Rakyat, Ini Adalah Senarai Rekod Kehadiran Ahli Parlimen

Rekod juga menunjukkan beberapa pemimpin tertinggi parti tidak menunjukkan contoh yang baik kepada pengikut mereka dari segi kehadiran di Dewan Rakyat.

“Hadir tak semestinya function. Tapi tak hadir tu dah tentu tak function. Rakyat bayar gaji. Buat apa jadi ahli parlimen kalau takmau masuk parlimen?” – netizen

Jadi, gunalah info ini sebaiknya untuk mengundi nanti. Dan buat anda yang dah daftar dalam sistem, jangan lupa untuk mengundi ya!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persis Kaki Burung Unta, Kenali Kisah Unik Suku Asli Di Afrika Dipanggil ‘VaDoma’
Next Article Ibu Bapa Jadi Inspirasi, Gadis Sabahan Juarai Pertandingan Menulis Haiku Di Argentina

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?