• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula

Oleh
Ismail NA
10 Januari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

‘Beliau sekadar pakar bedah,’ – Tiong

Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula. Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing sekali lagi menyelar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dengan mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk duduk di posisi yang disandangnya sekarang.

Isi Isi Penting
  • ‘Beliau sekadar pakar bedah,’ – Tiong
  • Mempersoalkan mengapa DG Hisham tidak diganti sehingga ke hari ini
  • “China kesan 3 kes terus ‘lockdown’, Malaysia tak mampu” – Khairy Jamaluddin
  • Baca lebih lanjut di sini :

Tiong mendakwa bahawa DG Hisham hanya seorang pakar bedah dan bukannya seorang pakar kesihatan awam yang berupaya menangani wabak.

“Dengan posisinya (DG Hisham) yang jelas kurang berkelayakan, beliau tetap enggan menerima nasihat daripada China yang mempunyai pengalaman yang luas dalam memerangi pandemik COVID-19,”

Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing
Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula
Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula

Tiong memberitahu bahawa kadar kematian akibat wabak di China adalah rendah, dan mempersoalkan mengapa Malaysia tidak mengikut strategi yang diguna pakai di negara tersebut.

Mempersoalkan mengapa DG Hisham tidak diganti sehingga ke hari ini

Duta Khas Perdana Menteri ke China itu juga turut mempersoalkan mengapa DG Hisham sehingga ke hari ini belum digantikan dengan orang yang benar-benar layak berdasarkan latar belakang kelayakan untuk menangani wabak di negara ini. Beliau turut mendakwa bahawa DG Hisham bukanlah panglima yang tepat untuk mengetuai negara ini menangani penularan varian Omicron.

“Berapa banyak lagi nyawa mesti diragut Covid-19 sebelum kita sedar beliau tidak patut dibenarkan terus memegang jawatan itu?” demikian kenyataan Tiong seperti yang dilaporkan oleh portal berita tempatan.

Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula
Kredit foto : FB Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut menjadi sasaran kritikan Tiong apabila dikatakan tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk negara ini memerangi Omicron. Menerusi kenyataannya di Facebook, Tiong mempersoalkan sama ada Khairy sudah mempersiapkan pelan yang jelas untuk menghadapi kemungkinan senario terburuk atau sekadar hanya mengambil pendekatan ‘langkah demi langkah’ serta ‘tunggu dan lihat’.

“China kesan 3 kes terus ‘lockdown’, Malaysia tak mampu” – Khairy Jamaluddin

Walau bagaimanapun, Khairy tangkas membidas kembali kenyataan Tiong dengan mengatakan bahawa strategi yang dilakukan oleh China iaitu ‘containment’ (pembendungan) tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Hal ini kerana China mengambil pendekatan untuk terus melakukan ‘lockdown’ sekiranya mengesan 3 kes positif. Khairy memberi justifikasi bahawa Malaysia tidak mampu melakukan perkara tersebut disebabkan faktor ekonomi dan kebajikan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, Malaysia memilih untuk melakukan langkah mitigasi iaitu kawalan.

Tidak dinafikan pendekatan China berkesan. Namun strategi mereka iaitu ‘containment’ atau ‘zero COVID’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi & kebajikan rakyat untuk lockdown. Strategi kita ‘mitigation. https://t.co/jjGXovLIJz pic.twitter.com/Fz5pPx5huC

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 9, 2022

Tambah Khairy lagi, langkah Malaysia menangani COVID adalah dengan mengutamakan pengurusan kes positif yang berkesan serta memastikan rakyat Malaysia menerima vaksin sebanyak yang mungkin. Amalan pematuhan SOP yang tinggi, melakukan TRIIS (ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari) perlu dilakukan bagi memastikan kadar kematian adalah rendah, sekaligus menurunkan kadar penggunaan ICU serta kemasukan ke hospital.

Mengulas tentang kelayakan DG Hisham, Khairy selaku Menteri Kesihatan Malaysia turut memberi sokongan penuh kepada beliau untuk terus menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Ahli Parlimen Bintulu Kecam DG Hisham Lagi, Kali Ini Pertikai Kelayakan Pula
Tangkap layar Twitter Khairy Jamaluddin

2 tahun lalu, Tiong pernah mengecam DG Hisham yang dikatakan ‘takut mati’ apabila tidak turun padang untuk melawat barisan hadapan melakukan tugas dan hanya meraih publisiti melalui laporan kenyataan harian yang dilaksanakannya setiap hari. Namun, ahli parlimen Bintulu yang baru memenangi kerusi DUN Dudong pada Piliharaya Negeri Sarawak yang lalu itu memohon maaf setelah menerima kecaman daripada orang ramai.

Baca lebih lanjut di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amaran Untuk 10 Kawasan Di Sarawak, MetMalaysia Ramal Hujan Bakal Berterusan Mulai Selasa Ini Amaran Untuk 10 Kawasan Di Sarawak, MetMalaysia Ramal Hujan Bakal Berterusan Mulai Selasa Ini
Next Article Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi Sedihnya! KFC Tidak Lagi Hidangkan Coleslaw Di Cawangan Tertentu Di Sabah, Sarawak Dan Langkawi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?