• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kereta Hanyut Dibawa Arus Deras, Warga Emas Maut Selepas Hantar Isteri Di Kapit

Oleh
Farisha
28 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tragedi banjir kilat di Kapit, pesara terkorban dalam kereta

Kereta Hanyut Dibawa Arus Deras, Warga Emas Maut Selepas Hantar Isteri Di Kapit. Seorang pesara terkorban akibat banjir kilat yang melanda Kapit, Sarawak. Kejadian berlaku pada waktu pagi di Kilometer 4 Jalan Selirik, di mana Pastor Bangau Amping berusia 75 tahun terperangkap dalam keretanya yang dibawa arus deras ke Sungai Selepong.

Menurut Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintenden Rohana Nanu, mangsa yang merupakan seorang pesara sedang pulang selepas menghantar isterinya berniaga di hadapan Sekolah Kebangsaan Methodist.

Kereta Hanyut Dibawa Arus Deras, Warga Emas Maut Selepas Hantar Isteri Di Kapit
Keadaan banjir di Jalan Selirik di Kapit.
Sumber: Majoriti. Kereta Hanyut Dibawa Arus Deras, Warga Emas Maut Selepas Hantar Isteri Di Kapit

Menurut laporan media tempatan, hujan lebat sejak malam sebelumnya menyebabkan air melepasi jalan raya, yang mengakibatkan kereta mangsa hanyut ke dalam sungai.

Pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu yang sedang bertugas membantu mangsa banjir di kawasan lain telah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 pagi.

Mereka berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Saga yang terbenam dalam sungai, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 7:40 pagi. Beberapa kawasan di Kapit mengalami banjir kilat pada waktu subuh tersebut.

Respon ahli parlimen Kapit terhadap musibah

Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, turut mengungkapkan kesedihan beliau terhadap musibah yang menimpa warga emas berkenaan. Beliau telah mengarahkan pasukannya untuk membantu penduduk di Rumah Dennis Anak Langok Amang Ulu yang terjejas teruk akibat banjir.

Alexander menasihati penduduk untuk berwaspada dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Beliau menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat sedang berusaha sepenuh tenaga untuk membantu penduduk yang terkesan, termasuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dan memastikan keselamatan mangsa.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes banjir kilat yang melanda di Sabah:

Banjir Kilat Di Sabah, Jalan Utama Terputus Dan Bekalan Elektrik Terpaksa Ditutup
Wanita Selamatkan Kucing Dari Banjir Di Sabah Raih Pujian Netizen
SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Akan Teruskan Peperiksaan Penilaian Tahun 6 Bermula 2025
Next Article Rupanya Malaysia Pernah Keluarkan Nota RM600, Wang Kertas Terbesar Di Dunia Rupanya Malaysia Pernah Keluarkan Nota RM600, Wang Kertas Terbesar Di Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?