• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kereta Kecut Perut, Kerbau Tenang Lintas Jalan Di Sabah Buat Netizen Terhibur

Oleh
Farisha
5 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerbau vs Kereta: Siapa lebih berkuasa di Tamparuli?

Kereta Kecut Perut, Kerbau Tenang Lintas Jalan Di Sabah Buat Netizen Terhibur. Satu lagi kejadian unik dari Sabah yang berjaya mencuit hati rakyat Malaysia. Baru-baru ini, sebuah hantaran di TikTok menjadi tular apabila sebuah “kesesakan jalan raya” luar biasa dilaporkan berlaku di Tamparuli, Sabah.

Bagaimanapun, kali ini bukan disebabkan lori besar atau kemalangan jalan raya — puncanya adalah seekor kerbau yang santai melintas jalan.

Kereta Kecut Perut, Kerbau Tenang Lintas Jalan Di Sabah Buat Netizen Terhibur
Kereta Kecut Perut, Kerbau Tenang Lintas Jalan Di Sabah Buat Netizen Terhibur. Sumber foto: TikTok

Dalam video tersebut, kelihatan deretan kereta sabar menunggu giliran sambil si kerbau perlahan-lahan melintasi kawasan itu, seperti raja di jalan raya. Menariknya, tiada satu pun pemandu yang berani membunyikan hon.

“Hormati Raja Jalanan”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dengan pelbagai jenaka kreatif.

  • “Berani hon kerbau, nanti di sogit nya setiap kereta-kereta yang lalu.
  • “Uniknya jambatan Tamparuli, bukan saja kenderaan yang lalu, kerbau pun tumpang lalau.
  • “Di Semenanjung ada LRT dan MRT, di Sabah kita ada ‘Kerbau’.

Tak cukup dengan itu, ada yang bergurau bahawa kereta dan kerbau di Sabah saling menghormati satu sama lain.

@natadgarden

#jambatantamparuli #fyp #sabahantiktokers #tamparulitiktoker

♬ original sound – Don Natad Garden – Don Natad Garden

Adab dan Harmoni di Jalan Raya

Insiden ini bukan sahaja menjadi perbualan lucu, tetapi juga satu peringatan tentang pentingnya kesabaran dan hormat dalam berkongsi jalan raya — tak kira dengan manusia mahupun haiwan. Situasi seperti ini menggambarkan keharmonian di antara manusia dan alam semula jadi yang masih dapat dilihat di kawasan luar bandar Sabah.

Sekiranya anda merancang untuk ke Sabah, bersiaplah untuk berhadapan dengan “VIP jalan raya” seperti kerbau ini. Selain menikmati keindahan alam, pengalaman ini pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai hantaran tular yang mencuit hati:

Bukan Myvi, Kini Axia Pula Buat Hal Dalam Sampan Di Marudi
Netizen Geli Hati Sekumpulan Anti-KK Mart ‘Tersalah’ Kedai Semasa Buat Protes
SUMBER :TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis Dari Kuching Hilang Selepas Ke KL, Dikhuatiri Terjerat Sindiket Kerja
Next Article Budaya Inspirasi Perpaduan, Ketahui Keunikan Perayaan Irau Aco Lun Bawang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?